MAJLIS BELIA MALAYSIA

Konvoi Santai & Trivia Aspirasi Meriahkan Jelajah Menggerak Belia di Kelantan

KOTA BHARU 21 April – Siri Jelajah “Menggerak Belia” sempena Hari Belia Negara (HBN) 2026 terus mengorak langkah apabila tiba di checkpoint keenam bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Panji, Kelantan. Kehadiran jelajah ini disambut meriah oleh belia tempatan, sekali gus menyemarakkan semangat anak muda melalui pelbagai pengisian program yang menggabungkan elemen aspirasi, kreativiti dan […]

Tranung Mari! Jelajah Menggerak Belia Gegar Pantai Kekabu

MARANG, 21 April – Jelajah ‘Menggerak Belia’ sempena Hari Belia Negara (HBN) 2026 meneruskan momentum ke checkpoint ketujuh yang berlangsung meriah di Pantai Kekabu, Terengganu bersama belia-belia Tranung yang penuh semangat. Dalam program ini, pasukan jelajah telah menyempurnakan penyerahan Kotak HBN 2026 kepada Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Puan Nurul Afifa Sofina […]

Jelajah Menggerak Belia 2026: Perak Buktikan Kuasa Generasi Muda!

TAIPING 20 April – Siri Jelajah ‘Menggerak Belia’ sempena Hari Belia Negara 2026 yang singgah di Checkpoint 5 ini menjadi platform penting untuk memperkasa potensi belia, memperluas jaringan serta menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda menjelang sambutan nasional yang bakal berlangsung di Negeri Sembilan. Antara acara utama yang mencuri tumpuan ialah Penyerahan Gimik Kotak […]

Jelajah ‘Menggerak Belia’ Terus Menyala, Padang Kota Lama Saksi Semangat Anak Muda

GEORGE TOWN 19 April – Bahang Hari Belia Negara (HBN) 2026 semakin terasa apabila Jelajah ‘Menggerak Belia’ singgah di checkpoint keempat di Padang Kota Lama, Pulau Pinang dengan pelbagai aktiviti santai dan interaktif yang berjaya menarik penyertaan anak muda serta komuniti setempat. Suasana di lokasi bertukar meriah dengan pengisian seperti mini golf, perlawanan persahabatan biliard […]

Translate »