MAJLIS BELIA MALAYSIA

Hari Belia Negara 2016 sederhana tetapi penuh pengisian

BELIA dan kesukarelawanan tidak dapat dipisahkan apabila kedua-duanya mempunyai hubungan persamaan dalam membentuk jati diri dan jiwa pemuda sebagai pemimpin negara pada masa hadapan. Menerusi budaya kesukarelawan, para belia dilatih untuk berdikari dalam menguruskan satu-satu aktiviti tanpa bergantung pada mana-mana bantuan luar, selain menampilkan budaya kepimpinan ketika mengurus organisasi. Bagi mencapai matlamat ‘belia sebagai sukarelawan’ […]

Skuad MiB 300 latih kepimpinan muda Sarawak

KUCHING, 1 November 2015 – Belia di Sarawak diberikan peluang bagi mengasah bakat kepimpinan mereka dalam program kepimpinan anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dan SABERKAS melalui Skuad MiB 300 yang diadakan di D’Cove Family Park, Pasir Panjang, Kuching bermula 31-1 November 2015. Sepanjang tiga hari program, peserta diberikan peluang untuk menyerlahkan potensi mereka dalam setiap […]

MIB300 – 100 belia IPTA kenali potensi diri

Batu Gajah, 11 Oktober 2015 – Seramai 100 peserta dari pelbagai IPTA diseluruh negara antaranya Kolej TAJ, UniKL MITEC, UniKl MIMET, UniKL MSI dan Insitut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh menghadiri Kursus Kepimpinan Skuad MiB 300 yang telah diadakan selama tiga hari bermula 9 – 11 Oktober 2015 di Institut GPMS, Changkat Larang, Batu Gajah. […]

MIB300 – Terengganu gilap pemimpin belia

Kuala Terengganu, 10 Oktober 2015 – Skuad MiB 300 meneruskan misi pencarian dan menggilap bakat kepimpinan belia di seluruh negara dengan mengadakan siri latihan di Kuala Terengganu pada 8-10 Oktober 2015 yang lalu. Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) berjaya mengumpulkan 40 orang belia dari pelbagai latar belakang untuk bersama-sama […]

Translate »