MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sesi temuramah Presiden MBM bagi tujuan penerbitan buku ‘Tokoh Belia Negara’

DALAM TALIAN 19 Ogos – Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah ditemuramah oleh pihak Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) bagi tujuan penerbitan buku coffee table ‘Tokoh Belia Negara’. Sdr. Jufitri merupakan Tokoh Belia Negara 2014.

Beberapa tokoh tokoh belia negara terpilih akan ditemuramah secara mendalam bagi mendapatkan pengalaman dan fikrah mereka manakala selebihnya akan disenarai dan diabadikan nama-nama mereka dalam buku ini sebagai tanda kenangan dan penghargaan.

Projek ini merupakan projek bersama Kementerian Belia dan Sukan, MBM dan Pusat Belia Antarabangsa bagi mengabadikan sejarah dan sumbangan tokoh tokoh belia negara.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »