KUALA LUMPUR 3 Dis – Syabas dan tahniah buat Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (MKBBT) yang selesai menganjurkan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) kali ke-53 di Hotel Koptown EDC Jalan Raja Laut.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Tuan V.Sivakumar, Menteri Sumber Manusia.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid turut sama hadir dan meraikan para perwakilan MKBBT dari seluruh negara.
Sememangnya menjadi tanggungjawab MBM dan semua badan gabungan untuk memastikan masa depan belia di negara ini terus cemerlang dan terbela.
MBM berharap barisan kepimpinan MKBBT akan terus memainkan peranan aktif terutamanya dalam agenda pengkaderan kepimpinan, perpaduan dan kemasyarakatan.