KUALA LUMPUR 21 Julai – Majlis Penutup Program Peneraju Skill Aspirasi (PSA 2023) Belia Orang Kurang Upaya telah diadakan bertempat di Hotel Ibis, Jalan Yap Kwan Seng di sini.
Majlis penutup disempurnakan oleh Puan Nor Hana Hamim, Pengarah Jabatan Program Petrosains.
Program anjuran bersama Petrosains – The Discovery Centre dengan kerjasama Majlis Belia OKU Malaysia, Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Yayasan Peneraju berlangsung dari 17 hingga 21 Julai 2023 disertai peserta Belia OKU daripada kategori OKU Pembelajaran, OKU Pendengaran dan OKU Fizikal.
Antara inisiatif program bertujuan memantapkan kemahiran Belia OKU terutamanya dalam bidang digital dan robotik sejajar dengan aspirasi pendidikan negara untuk meningkatkan penglibatan lebih ramai belia dan pelajar dalam bidang STEM dan digital.
Terima kasih kepada tenaga pengajar dan penaja program ini. Semoga anak muda istimewa ini mendapat manfaat dari inisiatif ini untuk masa hadapan mereka nanti.
Hadir sama Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Exco MBM merangkap Presiden Majlis Belia OKU Malaysia, Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi.