17 Disember 2016, Terengganu – Berlangsungnya Kursus Pengurusan Organisasi Lestari Peringkat Zon Pantai Timur bertempat di Batu Burok Beach Resort Kuala Terengganu, Terengganu Para peserta terdiri daripada MBN Pahang, MBN Terengganu dan MBN Kelantan dan juga badan-badan gabungan MBN tersebut. Kursus tersebut berlangsung selama 2 hari pada 15 dan 16 Disember 2016 yang telah dihadiri oleh setiausaha/penolong setiausaha, bendahari/penolong bendahari dan setiausaha kerja seramai 68 orang.
Sesi taklimat dan ‘ice breaking’ dikendalikan oleh Sdr. Hasnul Fairuz Hushin Amri, Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia dan diteruskan dengan slot perkongsian daripada beliau berkaitan Pengstrukturan Organisasi Belia dan Memperteguh Dasar Belia Malaysia. Sesi perkongsian seterusnya bersama Jabatan Belia dan Sukan Negara yang disampaikan oleh Puan Rouzah Darus berkaitan dengan Fungsi JBSN, Bantuan Pentadbiran dan SOP Bantuan Kewangan. Para peserta turut menjalankan tutorial pengisian boring PB1 (Borang Permohonan Bantuan). Sesi perkongsian berikutnya bersama Encik Anuwar Asmuni, ketua Unit Audit Dalam Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui segmen Audit dan Pengurusan. Sesi perkongsian yang terakhir bersama Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) berkaitan Pengurusan Organisasi Belia yang disampaikan oleh Encik Zainal Kinto, Pegawai Pendaftaran Bahagian Penyelarasan Kementerian Belia dan Sukan.
Majlis Penutup Kursus Pengurusan Organisasi Lestari Peringkat Zon Pantai Timur disempurnakan oleh Sdr. Hasnul Fairuz Hushin Amri, Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia dan penyampaian sijil kursus kepada para peserta.