MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kumpulan Dansa Art johan Tarian Rampaian Belia Malaysia 2022 peringkat Labuan

LABUAN: Kumpulan Dansa Art muncul johan Pertandingan Tarian Rampaian Belia Malaysia 2022 peringkat Labuan yang diadakan di Ujana Kewangan pada Sabtu.

Kumulan yang dianggotai 10 penari itu turut dinobatkan sebagai pemenang persembahan kareografer terbaik  membawa pulang hadiah keseluruhan  wang tunai RM5,500.

Naib johan dimenangi oleh kumpulan Aswila Satu yang juga turut diumum sebagai pemenang Busana Terbaik untuk membawa pulang hadiah keseluruhan RM3,500.

Tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan  Dangalai untuk menerima hadiah wang tunai RM1,500. Kumpulan ini juga turut dinobatkan sebagai pemenang Pilihan Juri untuk menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan secara keseluruhan kumpulan ini membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500.

Tempat keempat jatuh kepada kumpulanĀ  Clapp menerima hadiah wang tunai RM1,000.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Pertandingan Tarian Rampaian Belia Malaysia 2022 dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Majlis Belia Labuan (MBL)

Pertandingan yang julung kalinya diadakan antara lain bertujuan untuk menjadi tarikan pengunjung selain memartabatkan khzanah seni budaya negara.

Hadir sama menyaksikan pertandingan ini isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Shamsiah Md. Yassin, Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Bashir Alias, Pemangku Ketua Pegawai PresidenĀ  Majlis Belia Wilayah Persekutuan Naseer Mohamed dan Presiden Majlis Belia Labuan, Abdul Mutalib Shaari.

Artikel penuh :

Kumpulan Dansa Art johan Tarian Rampaian Belia Malaysia 2022 peringkat Labuan

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »