MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kerjasama MBM-WWF Malaysia melalui ‘Education for Sustainable Development’

PETALING JAYA 6 Ogos – Penerokaan kepada aspek Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di kalangan belia-beliawanis khususnya di kawasan luar bandar dilihat masih mempunyai ruang pemberdayaan yang banyak.

Perjumpaan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan World Wide Fund for Nature (WWF) di pejabat WWF Petaling Jaya sebentar tadi memfokuskan kepada ruang kerjasama antara kedua-dua organisasi ini melalui konteks “Education for Sustainable Development (ESD)” dalam kelompok belia.

Banyak program yang mampu dijalinkan bersama atas teras dan fokus seperti advokasi, kepimpinan dan pendidikan.

MBM yang diwakili Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agungnya mengucapkan penghargaan kepada wakil WWF atas ruang dan peluang kerjasama yang dibuka.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »