Palestin Merdeka: Pernyataan Sikap Gerakan Belia Malaysia Berhubung Himpunan Global Day Of Action: “Ceasefire Now: Stop The War On Gaza”
Majlis Belia Malaysia (MBM) dan seluruh badan gabungan menyatakan keprihatinan kami terhadap situasi krisis kemanusiaan tidak berkesudahan yang berlaku di Gaza, Palestin. Perang genosid Israel ke atas Gaza yang hampir memasuki hari ke-100 ini merupakan suatu sisi gelap sejarah kemanusiaan dalam peradaban dunia. Ketikamana seluruh dunia gegak gempita mendesak pembantaian oleh Israel dihentikan, Israel dengan […]
MBM dukacita keputusan kerajaan tangguh pembentangan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023
Majlis Belia Malaysia (MBM) melahirkan rasa dukacita dengan keputusan kerajaan untuk menangguhkan pembentangan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang sepatutnya dibentangkan untuk bacaan kedua pada sesi Parlimen bulan ini. Masalah merokok terutamanya penggunaan vape dalam kalangan belia sudah semakin berleluasa dan tiada sebab untuk kerajaan menangguhkan kawal selia terhadap produk ini. Situasi […]
MBM gesa masyarakat dunia terus sokong perjuangan rakyat Palestin
Majlis Belia Malaysia (MBM) menggesa masyarakat dunia mengekspresikan secara jelas solidariti, dokongan dan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin terhadap konflik yang kian memuncak di antara Palestin dan Israel di Semenanjung Gaza. Dunia perlu mengakui, dasar kezaliman rejim Israel terhadap rakyat Palestin selama lebih 70 tahun menjadi punca konflik ini termasuk ‘Operasi Taufan Al-Aqsa”. Penjajahan berterusan, […]
Anak Muda Malaysia Zahir Solidariti Kepada Perjuangan Palestin; Gesa Tamatkan Penjajahan Zionis Israel
Anak Muda Malaysia mengambil maklum keadaan semasa yang berlaku di Palestin terkait dengan peningkatan konflik terkini di Gaza dan kawasan sekitarnya di antara rakyat Palestin dengan rejim Zionis yang semakin memuncak. Kami mengutuk sekeras-kerasnya segala tindakan zalim yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin selama puluhan tahun, yang melibatkan serangan-serangan udara dan rampasan tanah milik […]