MAJLIS BELIA MALAYSIA

Penjana kurangkan keresahan, kebimbangan belia: MBM

SHAH ALAM – Majlis Belia Malaysia (MBM) menganggap Pelan Jana Semula Ekonomi negara (Penjana) mengurangkan keresahan dan kebimbangan belia khususnya yang berisiko hilang pekerjaan, graduan baharu dan usahawan muda yang menceburi industri kecil dan sederhana (IKS). Presidennya, Jufitri Joha berkata, inisiatif baharuu dijangka dapat menangani kadar pengangguran 6.9 peratus belia berusia 15 hingga 30 tahun. […]

COVID-19: Sedia insentif latih semula pekerja diberhentikan

KUALA LUMPURr: Golongan belia di negara ini berharap kerajaan dapat menyelesaikan isu pengangguran yang dikhuatiri semakin serius susulan krisis COVID-19. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha, berkata apa yang diharapkan belia kini adalah peluang pekerjaan meluas untuk mereka melalui pelan pemulihan ekonomi pasca COVID-19 nanti. Beliau berkata, inisiatif rangsangan ekonomi adalah perkara paling kritikal […]

HSBC, MBM lancar program bantu belia

MAJLIS Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama HSBC Bank Malaysia melancarkan Program Latihan Kemahiran Kebolehpasaran Kerja (PROKENS) untuk membantu belia yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Program ini adalah inisiatif MBM yang disokong penuh oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk melatih dan meningkatkan kebolehpasaran anak muda mendapatkan pekerjaan. Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Malaysia, Stuart Milne berkata, […]

MBM gesa kerajaan selesai isu pekerja pasca COVID-19

KUALA LUMPUR: Majlis Belia Malaysia (MBM) menggesa Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Tenaga Kerja menyelesaikan pertikaian antara majikan dan kesatuan sekerja berhubung isu pekerjaan pasca COVID-19. Pertubuhan itu dalam satu kenyataan, berkata pihaknya mengambil maklum berkenaan ketegangan antara Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). Katanya, kedua-dua pihak kini dilihat saling berbalas […]

Translate »