MAJLIS BELIA MALAYSIA

Log Hari 4 #ProjectUnderwear

22 DISEMBER 2021 Bermula jam 2.30 petang, kami menyediakan kit #ProjectUnderwear bersama bantuan 18 orang sukarelawan sebaik sahaja barangan keperluan tiba di Wisma MBM. Sebanyak 1300 kit wanita berjaya disiapkan hari ini. Sebanyak 200 kit wanita dan 100 kit lelaki telah di agihkan kepada P.I.C di Bentong, 100 kit wanita dan 50 kit lelaki telah […]

Sukarelawan Pandu Puteri bantu sediakan kit #ProjectUnderwear

KUALA LUMPUR 22 Dis – Seramai 30 orang sukarelawan dari Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah membantu menyediakan 400 kit #ProjectUnderwear bertempat di Wisma Pandu Puteri Jalan Brickfields. Dengan kerjasama badan-badan gabungan MBM, proses penyediaan dan penghantaran seterusnya agihan dapat dijalankan dengan pantas dan teratur.

#ProjectUnderwear untuk mangsa-mangsa banjir di Bentong

BENTONG 22 Dis – Sdr. Hadi, Setiausaha Majlis Belia Daerah Bentong telah menerima sebanyak 300 kit #ProjectUnderwear yang terdiri daripada pakaian dalaman wanita dan lelaki untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Mangsa Banjir di Sekolah Bukit Piatu, Bentong, Pahang. Sumbangan berupa pakaian dalam wanita dan lelaki ini disumbangkan oleh orang ramai […]

#ProjectUnderwear untuk mangsa-mangsa banjir di Raub

RAUB 22 Dis – Sebanyak 150 kit #ProjectUnderwear telah diserahkan kepada Majlis Belia Daerah Raub yang diwakili oleh Ust. Abdul Basith, Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Pahang untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di daerah Raub. Sumbangan berupa pakaian dalam wanita dan lelaki ini disumbangkan oleh orang ramai melalui inisiatif tabung bantuan mangsa banjir yang dikelolakan […]

Translate »