Home / Kenyataan Akhbar / Sinar Rasuah ‘Buster’ disambut dengan Belia Benci Rasuah

Sinar Rasuah ‘Buster’ disambut dengan Belia Benci Rasuah

Jihad melawan rasuah yang disemboyankan oleh Sinar Harian melalui Dato’ Hussamuddin Yaacub wajib disambut oleh para pemimpin belia di seluruh Malaysia dan di semua peringkat.

Rasuah merupakan ibu segala jenayah, punca kerosakan negara dan pemusnah masa hadapan generasi pewaris.

Unsur rasuah harus dibasmi habis-habisan tanpa kompromi oleh para pemimpin belia kerana mereka dipersiapkan untuk menjadi pemimpin negara berakhlak dan beretika pada masa depan dan masa depan tersebut sudah pun tiba sekarang untuk menggantikan pemimpin-pemimpin yang sedia ada.

Majlis Belia Malaysia (MBM) yang turut menduduki kerusi semasa Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) SPRM akan terus konsisten membasmi rasuah tanpa putus asa dengan pelbagai pihak termasuk pihak media seperti Sinar Harian dan rakan strategik seperti Malaysia Corruption Watch (MCW) dan Transparency International (TI) Malaysia.

Usaha Sinar Rasuah Busters atau Pemburu Rasuah merupakan usaha keprihatinan yang perlu didokong oleh semua pihak sebagai mata rantai jihad berterusan melawan rasuah.

Justeru MBM menyeru semua pemimpin belia dan pemimpin mahasiswa menyambutnya dengan slogan dan gerak kerja Belia Benci Rasuah. Jadilah Pemburu Rasuah yang sentiasa konsisten melawan rasuah.

Belia Benci Rasuah!

JUFITRI BIN JOHA

PRESIDEN

MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bertarikh : 20 Januari 2021

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »