Home / Kenyataan Akhbar / MBM cadang agar moratorium turut merangkumi program pengurusan kredit AKPK

MBM cadang agar moratorium turut merangkumi program pengurusan kredit AKPK

Majlis Belia Malaysia (MBM) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kerajaan dan pihak pembangkang atas kelulusan Belanjawan 2021 peringkat dasar pada hari ini.

Walaupun tidak dapat memuaskan hati semua pihak, namun konsultasi dan rundingan serta mendengar cadangan pelbagai pihak termasuk pembangkang, suara rakyat dan cadangan MBM pasca pembentangan Belanjawan 2021 wajar diteruskan sebagai tradisi.

Ia juga bertepatan dengan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan ianya sihat untuk iklim demokrasi negara.

Kelulusan untuk membenarkan lanjutan moratorium automatik kepada kumpulan B40 dan M40 walaupun mereka harus membuat deklarasi kedudukan kewangan terkini kepada pihak bank untuk pertimbangan lanjutan morotarium sedikit melegakan rakyat.

Sebagai cadangan tambahan berdasarkan keluhan dan permintaan rakyat yang diterima oleh MBM, maka MBM juga mencadangkan kepada pihak Kerajaan untuk turut sama memberikan keterangkuman moratorium melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi mereka yang terlibat dalam Program Pengurusan Kredit (Debt Management Program) selama tempoh yang sama agar rakyat yang terkesan mempunyai ruang yang cukup dan tempoh bertenang dalam usaha untuk menstrukturkan semula ekonomi dan kewangan mereka.

JUFITRI BIN JOHA
PRESIDEN
MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bertarikh: 27 November 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »