Home / Berita / Webinar Pra-Persidangan ASEAN Youth: Building Back Better

Webinar Pra-Persidangan ASEAN Youth: Building Back Better

KUALA LUMPUR 23 Nov – Webinar Pra-Persidangan ASEAN Youth: Building Back Better telah diadakan pada jam 3.00 petang waktu Malaysia. Webinar yang dianjurkan oleh ASEAN ini adalah sebahagian dari 4 siri Webinar yang memberi fokus kepada pembangunan belia pasca-Covid 19, dan bagaimana belia mampu membantu kepada pembangunan negara dan rantau ASEAN setelah pandemik Covid-19 ini tamat.

Sdr. Mohd Izzat Afifi, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mewakili

Committee for ASEAN Youth Cooperation (CAYC) untuk membentangkan mekanisme pergerakan dan pertubuhan belia di rantau ASEAN, khususnya dibawah CAYC. MBM ialah badan gabungan CAYC di peringkat rantau ASEAN yang mana Setiausaha Agung CAYC ialah YB Mohd Zaidi Aziz. Turut serta mewakili Malaysia sebagai Pemerhati ialah YBhg Dr Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Bibi Zaleha dan Dr Syafiqah Rahim selaku Sekretariat CAYC dan Sekretariat MBM.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »