Home / Artikel / Hormati Sensitiviti Masyarakat Orang Asli

Hormati Sensitiviti Masyarakat Orang Asli

Pihak Majlis Belia Orang Asli Malaysia (MBOAM) menzahirkan kebimbangan terhadap tajuk artikel Sinar Harian “Anak Muda Bateq pun bercinta melalui Facebook” yang dikeluarkan pada 21 Oktober 2020.

Artikel tersebut menceritakan kesediaan masyarakat Orang Asli suku kaum Bateq menerima arus modenisasi, namun tajuk artikel tersebut mampu memberi perspektif negatif terhadap masyarakat Orang Asli di mata umum. Melalui tajuk tersebut, ianya boleh menggambarkan anak muda suku kaum Bateq menyalahgunakan kemudahan internet untuk mencari pasangan hidup, di mana mereka sepatutnya menggunakan kemudahan tersebut untuk meningkatkan taraf hidup dari sudut ekonomi dan pendidikan.

Pihak akhbar juga seharusnya menceritakan keadaan masyarakat Orang Asli secara umum, bukannya khusus kepada masyarakat Bateq yang rata-rata masih memerlukan kemudahan liputan telekomunikasi bagi menjalani kelas dalam talian, serta melakukan akitiviti ekonomi dan juga berhubung dengan masyarakat luar untuk mendapatkan maklumat yang tepat terhadap isu-isu semasa pada saat pandemik COVID-19 yang melanda negara ini.

Pihak MBOAM berharap agar pihak Sinar Harian lebih sensitif dalam mengeluarkan tajuk artikel kerana ia mampu memberi imej negatif terhadap masyarakat Orang Asli dan seharusnya memberikan maklumat yang lebih tepat dan terperinci terhadap pembangunan yang diterima oleh masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia yang kebanyakkannya masih lagi jauh ketinggalan.

Clive Allen

Presiden Majlis Belia Orang Asli Malaysia (MBOAM)

Tarikh : 23 November 2020

Email  : mboam.malaysia@gmail.com

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »