Home / Kenyataan Akhbar / Memorandum MBM Pasca Belanjawan 2021

Memorandum MBM Pasca Belanjawan 2021

Majlis Belia Malaysia (MBM) menerima pelbagai reaksi dan komen berkenaan Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada 6 November 2020 yang lepas khususnya daripada golongan belia.

Setelah mengumpul dan meneliti reaksi dan komen tersebut, pihak MBM ingin merayu, menggesa dan mendesak pihak Kerajaan dan Kementerian Kewangan mempertimbangkan 7 perkara di bawah untuk dimasukkan ke dalam Belanjawan 2021 yang bakal diluluskan kelak :

1.) Moratorium penuh harus disambungkan untuk 6 bulan lagi bagi memberikan kelegaan para belia dan rakyat untuk mengatur semula kehidupan dan survival;

2.) Anak muda yang muflis (kes yang genuine) dan yang dibekukan status kerana tidak dapat membayar pinjaman harus diberikan kelonggaran sementara bagi mereka memulakan kehidupan dan meneruskan survival;

3.) Majlis Belia Malaysia (MBM) wajib dilibatkan dalam Majlis Pekerjaan Negara (MPN) seperti yang diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2021 bagi memberikan pandangan penciptaan pekerjaan-pekerjaan baharu;

4.) Kad Siswa diadakan beserta yuran pengajian diberikan diskaun kepada mahasiswa bagi meringankan beban sementelah kelas diadakan secara dalam talian;

5.) Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA) harus turut memberikan moratorium kerana sebelum ini LPPSA langsung tidak memberikan moratorium. Moratorium dicadangkan diberikan sehingga Jun 2021;

6.) Bantuan pentadbiran pertubuhan belia dikekalkan bagi terus berperanan menjadi agen pendidikan belia informal sekaligus mengelakkan belia terlibat dalam gejala sosial yang akan merugikan sumber manusia dan kewangan Negara. Sektor pendidikan informal harus diangkat setanding pendidikan formal di sekolah dan universiti memandangkan sektor pendidikan informal merupakan feeder kepada sektor pendidikan formal;

7.) Kadar bunga (interest) yang dikenakan ke atas hutang kad kredit perlu dikurangkan atau dimansuhkan bagi 3-6 bulan yang seterusnya. Kadar bunga amat tinggi pada ketika ini sekitar 15-18%.

Sekian.

JAWATANKUASA KHAS TINDAKAN EKONOMI
MAJLIS BELIA MALAYSIA (JAKTEM)

Bertarikh : 13 November 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »