Home / Kenyataan Akhbar / MBM Sambut Baik Inisiatif Menteri Wilayah Persekutuan Dalam Membantu Rakyat Menjana Ekonomi

MBM Sambut Baik Inisiatif Menteri Wilayah Persekutuan Dalam Membantu Rakyat Menjana Ekonomi

Majlis Belia Malaysia (MBM) berbesar hati dan amat berterima kasih kepada Tan Sri Annuar Musa selaku Menteri Wilayah Persekutuan yang telah mengumumkan inisiatif ‘Wilayah Bebas Berniaga’ yang akan bermula pada 15 November 2020 hingga 15 April 2021. Ia adalah sebagai satu inisiatif yang amat bermakna dan sangat bagus kepada rakyat khususnya kepada golongan belia di bandar yang berminat untuk berniaga di ketika gejala Pandemik Covid-19 yang betul-betul mencabar dan menjejaskan punca pendapatan mereka.

MBM percaya melalui inisiatif ini akan membantu masyarakat dan dapat meringankan beban terutamanya kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dan utamanya kepada golongan muda yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang disambung pelaksanaannya tanpa kita maklum bila pengakhirannya. MBM juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan memudahkan urusan peniaga yang mana akan membantu mereka untuk mendapatkan lesen sementara, di samping menjalankan operasi pemantauan bagi memastikan keadaan sentiasa terkawal.

MBM berharap agar masyarakat terutama golongan belia dapat mengambil peluang yang diberikan dalam membantu mereka menjana pendapatan dan membaiki ekonomi di ketika saat genting ini. Para peniaga hendaklah mengikut setiap ketetapan yang telah digariskan oleh pihak berkuasa seperti tidak berniaga di lokasi yang boleh mengancam keselamatan awam, menyebabkan kesesakan lalu lintas, dan tidak mengabaikan kebersihan di sekitar ibu kota. Mereka juga perlu memberikan kerjasama yang terbaik kepada pihak berkuasa bagi memastikan inisiatif yang ditawarkan dapat dinikmati sepenuhnya. Para peniaga juga mesti sentiasa memastikan SOP bagi kawalan mengekang penularan Covid 19 terus diikuti.

Harapan MBM agar inisiatif ini dapat dilanjutkan atau dikekalkan tetapi mengikut prosedur operasi yang telah ditetapkan agar melalui perniagaan ini ia akan dapat terus membantu warga kota dalam mengukuhkan ekonomi mereka kerana kehidupan di bandar merupakan satu kehidupan yang mencabar kepada warganya terutama dalam kuasa membeli. Di samping itu, besar harapan MBM agar inisiatif ini turut dapat diperkenalkan ke seluruh kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT), agar inisiatif ini dapat dinikmati keseluruhan masyarakat di Malaysia dalam membantu mereka menjana pendapatan dan mengukuhkan ekonomi masing-masing.

SYED OSMAN MOHAMED
Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian,
Ekonomi dan Keusahawanan
merangkap;
Exco Majlis Belia Malaysia

Bertarikh: 12 November 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »