Home / Kenyataan Akhbar / BELANJAWAN 2021 MEMUASKAN DI SEBALIK KESURAMAN

BELANJAWAN 2021 MEMUASKAN DI SEBALIK KESURAMAN

Majlis Belia Malaysia (MBM) menganggap Belanjawan 2021 yang dibentang oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz bersifat saksama dalam proses pemulihan ekonomi bukan sahaja untuk negara, malah untuk individu yang terjejas.  Secara umumnya ia merangkumi asas-asas permintaan belia iaitu penciptaan peluang pekerjaan, peluang latihan dan kemahiran, skim perlindungan sosial pekerja, bantuan kos sara hidup, moratorium bersasar, subsidi upah, menangani kesihatan mental, pengecualian cukai dan insentif kepada majikan bagi membantu golongan rentan dan memerlukan.

Dengan mengangkat tema ‘Teguh Kita, Menang Bersama’ beberapa perkara khusus yang MBM memandang positif dan penting untuk dilaksanakan, antaranya;

Pertama: Tambahan peruntukan sebanyak RM 1 bilion ringgit lagi dalam membendung gelombang ketiga COVID-19. Ianya merangkumi pembelian bahan guna habis, peralatan PPE, Hand Sanitiser, perolehan peralatan dan banyak lagi. MBM menganggap ini perkara utama yang perlu diberikan perhatian kerana wabak ini jika gagal untuk dikawal, ia akan lebih mendatangkan kemudaratan kepada ekonomi negara;

Kedua: MBM menyambut baik inisiatif Kerajaan dalam pemberian peruntukan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Ia termasuklah kenaikan kadar bantuan OKU berkeja daripada RM250 kepada RM300 dan kadar elaun pekerja OKU daripada RM400 kepada RM450. Selain itu, majikan yang menggalakkan peluang pekerjaan kepada OKU juga akan menerima insentif tambahan sebanyak 20 peratus, menjadikan keseluruhan insentif majikan berjumlah 60 peratus. Ia sudah tentu menjadi berita baik kepada Majlis Belia OKU (MBOKU) di bawah MBM;

Ketiga: Peluang pekerjaan di tahun 2021. Beberapa inisiatif diperkenalkan didalam Belanjawan 2021, antaranya perlaksanaan Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja). Ianya bagi mengurangkan kadar pengangguran yang meningkat kesan daripada COVID-19. Selain itu inisiatif MySTEP dengan peruntukan lebih RM700 juta. Ianya akan menawarkan 50 ribu peluang pekerjaan secara kontrak dalam sector awam dan GLC;

Keempat: Program peningkatan kemahiran dan latihan semula merentas kementerian dan agensi yang mendapat peruntukan sebanyak RM1 bilion. Harapan MBM adalah agar sektor kemahiran dapat diselaraskan di bawah hanya satu Jawatankuasa utama agar lebih mudah untuk direncana progresnya. Penempatan pelatih juga perlu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan agar tiada pembaziran berlaku;

Kelima: RM21 juta untuk Pusat Sokongan Sosial setempat yang menyediakan perlindungan sosial dan sokongan moral kepada golongan wanita terutama dalam mendepani keganasan rumah tangga;

Keenam: Penubuhan Dana Amanah Malaysia-SDG atau MySDG Trust Fund dengan peruntukan sebanyak RM20 juta. Kerajaan juga memperuntukkan RM5 juta untuk menyokong program-program SDG yang dilaksanakan.

Walaupun begitu, pihak MBM berasa kesal kerana peruntukkan pembangunan belia yang amat penting agak suram dan kurang mendapat perhatian dan peruntukkan.

Selain itu, MBM ingin mengesyorkan beberapa perkara:

Pertama: Melibat uruskan MBM secara aktif dalam Majlis Pekerjaan Negara bagi membantu Kerajaan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan latihan;

Kedua: Melibat sertakan MBM dalam kerjasama Kerajaan – Korporat – NGO – Kesusahawanan Sosial bagi menggerakkan agenda sosial dan alam sekitar;

Ketiga: Melibatsertakan MBM dalam Program eBelia di mana RM50 dikreditkan dalam akaun e-wallet belia bagi membolehkan MBM mendapatkan data belia 18-20 tahun ini sekaligus menggalakkan traksaksi tanpa tunai dan perniagaan dalam talian. Ia juga sepatutnya diperluaskan kepada belia berumur 18 – 30 tahun bersesuaian dengan definisi belia di Malaysia;

Keempat: Segala informasi peluang-peluang pekerjaan, latihan, geran keusahawanan dan kemahiran diletakkan di portal sehenti yang telah diwujudkan oleh Kementerian Belia dan Sukan iaitu ebelia.iyres.gov.my bagi memudahkan para belia mengaksesnya dan merebut peluang yang ditawarkan;

Justeru MBM menggesa pihak Kerajaan memastikan segala bantuan sampai kepada golongan sasaran dengan kadar segera dan efisyen. Kepada para belia rebut peluang yang ada bagi menangani isu ekonomi dan masa depan anda.

JUFITRI JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Tarikh : 6 November 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »