Home / Akhbar / Belanjawan 2021: MBM dakwa pembangunan belia diketepikan

Belanjawan 2021: MBM dakwa pembangunan belia diketepikan

KUALA LUMPUR: Majlis Belia Malaysia (MBM) kesal pembangunan belia kurang mendapat perhatian dalam Belanjawan 2021 meskipun ia disifatkan pertubuhan itu sebagai saksama dalam proses pemulihan ekonomi untuk negara dan individu terjejas.

Presidennya, Jufitri Joha, berkata secara umumnya Belanjawan 2021 merangkumi asas permintaan belia, antaranya mewujudkan peluang pekerjaan, latihan dan kemahiran, bantuan kos sara hidup, moratorium bersasar dan pengecualian cukai serta insentif kepada majikan bagi membantu golongan rentan dan memerlukan.

Beliau berkata, harapan MBM ialah supaya sektor kemahiran dapat diselaraskan di bawah satu jawatankuasa utama supaya kemajuannya lebih mudah untuk direncanakan.

Katanya, penempatan pelatih juga perlu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan supaya tidak ada pembaziran yang berlaku.

“MBM kesal kerana peruntukan pembangunan belia yang amat penting agak suram dan kurang mendapat perhatian dan peruntukan.

“MBM ingin mengesyorkan beberapa perkara, antaranya membabitkan MBM secara aktif dalam Majlis Pekerjaan Negara bagi membantu kerajaan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan latihan.

“Kami juga mengesyorkan supaya MBM turut dibawa terbabit dalam kerjasama antara kerajaan, korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan keusahawanan sosial bagi menggerakkan agenda sosial dan alam sekitar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jufitri berkata, MBM juga wajar dibabitkan dalam Program eBelia di mana RM50 dikreditkan dalam akaun e-wallet belia bagi membolehkannya mendapatkan data belia berusia 18 hingga 20 tahun.

Katanya, semua maklumat peluang pekerjaan, latihan, geran keusahawanan dan kemahiran diletakkan di portal sehenti yang diwujudkan Kementerian Belia dan Sukan iaitu ebelia.iyres.gov.my bagi memudahkan diakses oleh belia untuk merebut peluang yang ditawarkan.

Kenyataan penuh: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/751067/belanjawan-2021-mbm-dakwa-pembangunan-belia-diketepikan

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »