Home / Berita / Mesyuarat Pembangunan Indudstri Kreatif Malaysia dan Simbolik Penyerahan Resolusi RTD Penggerak Industri Kreatif Negara

Mesyuarat Pembangunan Indudstri Kreatif Malaysia dan Simbolik Penyerahan Resolusi RTD Penggerak Industri Kreatif Negara

KUALA LUMPUR 4 Nov – Lanjutan daripada pertemuan bersama YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia di Parlimen pada 21 September 2020 lepas, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengambil dua inisiatif sebagai tindak lanjut.

Pertama, mengelolakan Perbincangan Meja Bulat (RTD) berkaitan isu industri kreatif dikalangan anak muda yang telah diadakan pada 29 Oktober 2020.

Kedua, pada hari ini MBM terlibat memudahcara perbincangan agenda Pembangunan Industri Kreatif Malaysia. Istimewanya mesyuarat kali ini dihadiri sendiri oleh YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia. Kehadiran YB Menteri dilihat sebagai menzahirkan keseriusan perhatian terhadap pembangunan anak muda dalam bidang kreatif diberikan tumpuan.

Dato’ Dr. Wasitah Mohd Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN) yang baru dilantik juga berkesempatan hadir mewakili Kementerian Belia dan Sukan.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Sdr Muhamad Hanapi b. Jamaludin, Felo Penyelidik MBM. Agenda yang dibincangkan antaranya;

1.) Pembentangan resolusi RTD
2.) Projek Savvy Malaysia
3.) Kertas kerja Landasan Kreatif Malaysia (ONIC)
4.) Kertas Program Kasi Up Bro! produktiviti pemain kreatif di kalangan belia.

Jufitri Joha, Presiden MBM turut memberikan pandangan beliau terhadap resolusi dan agenda yang telah dibincangkan. YB Menteri pada sesi komentar membayangkan untuk mempertimbangkan resolusi yang disyorkan oleh MBM berdasarkan program dan inisiatif yang telah sedia wujud di KKMM. Manakala, untuk perbincangan lebih terperinci pihak MBM dipelawa untuk mengadakan susulan lanjut dengan KKMM.

Manakala, pihak JBSN turut mempelawa ke KBS bagi perbincangan lanjut berkaitan. Mesyuarat ditutup dengan penyerahan simbolik resolusi RTD kepada YB Menteri, Dato’ Saifuddin Abdullah.

MBM ingin merakamkan penghargaan khusus atas keprihatinan YB Menteri untuk sudi hadir daripada awal hingga akhir mesyuarat.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »