Home / Akhbar / KBS Bangunkan Sistem Mybelia

KBS Bangunkan Sistem Mybelia

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang membangunkan sistem MyBelia bagi memudahkan belia akses kepada sebarang inisiatif dan bantuan yang tersedia untuk mereka.

Sistem itu akan menyediakan maklumat secara bersepadu berkaitan semua inisiatif disediakan kerajaan atau swasta yang boleh dimanfaatkan golongan belia.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata inisiatif yang tersedia menerusi sistem itu termasuk peluang pekerjaan, penciptaan pekerjaan, latihan, kemahiran dan akses kepada dana serta kemudahan ditawarkan atau dilaksanakan pelbagai agensi kerajaan atau swasta.

“Saya wujudkan ‘single landing page’ (pemuka laman bersepadu) dan cuba menyepadukan semua (data di semua kementerian). Jika anda log masuk ke KBS, maka anda akan log masuk ke semua kementerian lain.

“Ini adalah proses yang renyah, maknanya bukan mudah kerana perlukan integrasi data, tetapi Insya-Allah awal tahun depan sistem ini dapat digunakan belia,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani) yang mahu KBS menyatakan kaedah membantu golongan belia berniaga yang terjejas teruk akibat COVID-19.

Dalam pada itu, Reezal Merican berkata, KBS turut melaksanakan inisiatif kerjasama rentas kementerian, bertujuan membimbing dan memberi sokongan kepada golongan belia dalam aspek keusahawanan.

Antara yang kerjasama yang sudah digerakkan dalah dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, melalui program pencetus usahawan.

Ia adalah program di bawah kerjasama strategik dilaksanakan dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang melatih 300 pegawai KBS untuk mengembangkan kapasiti dan kemampuan pegawai bagi membantu usahawan belia.

“Selain itu, program KBS dengan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) dilakukan dengan kerjasama Akademi Pembangunan Belia Batu Gajah untuk memberi fokus kepada perniagaan rundingan yang memberi fokus bimbingan usahawan belia dalam mengembangkan perniagaan,” katanya.

Seramai 308,668 belia dalam sektor keusahawanan atau berniaga sudah menerima manfaat daripada tiga inisiatif dilaksanakan, membabitkan peruntukan lebih RM1.1 bilion.

Daripada peruntukan keseluruhan Geran Khas PRIHATIN (GKP) berjumlah RM2.1 bilion yang disasarkan untuk memanfaatkan hampir 700,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan bantuan ‘one-off’ bernilai RM300. Seramai 279,214 penerima adalah golongan belia, membabitkan peruntukan RM837.7 juta.

Kedua-dua skim pemulihan perniagaan TEKUN, di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), membabitkan 27,437 penerima golongan belia dengan dana bernilai lebih RM200 juta.

“Peruntukan kedua-dua skim ini berjumlah RM300 juta. Pembiayaan mikro kredit di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN) membabitkan 2,017 penerima golongan belia berniaga dengan peruntukan lebih RM71 juta,” katanya.

Sumber: Berita Harian Online 2 November 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »