Home / Artikel / Peruncit perlu bijak merancang kaedah jualan dalam melonjakkan perniagaan dan meransang ekonomi perniagaan

Peruncit perlu bijak merancang kaedah jualan dalam melonjakkan perniagaan dan meransang ekonomi perniagaan

Oleh:

Syed Osman Mohamed

Pengerusi

Biro Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan /

Exco Majlis Belia Malaysia

Arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dikuatkuasakan semula oleh pihak kerajaan. Bagi mencegah penularan pandemik ini, rakyat perlu akur atas arahan yang diberikan oleh kerajaan. MBM percaya bahawa kerajaan sedang berusaha untuk mencari solusi terbaik bagi pemulihan ekonomi di samping melaksanakan pelbagai agenda kerajaan seperti keselamatan, kesihatan, pelancongan dan kemakmuran yang mana kesemua ini merupakan antara cabaran yang perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan.

Baru-baru ini isu peruncit bakal gulung tikar telah dibangkitkan oleh Presiden Persatuan SME Malaysia, Datuk Michael Kang yang mana ia bakal mencatatkan kerugian hingga RM400 juta. Ia merupakan perkara yang serius dan perlu dilihat. Dianggarkan kira-kira 50 ribu hingga 100 ribu peruncit di Lembah Klang akan terkesan jika pandemik ini berlarutan hingga 3 bulan lagi. Dapat dilihat di sini bahawa ia merupakan catatan jumlah yang besar yang mana anggaran yang terlibat hanya melibatkan sekitar Lembah Klang sahaja, belum masuk keseluruhan di negara ini.

Kerajaan perlu memandang serius perkara ini, perlunya langkah dan solusi yang terbaik dalam mengekang perkara ini daripada ia berlaku. MBM menghargai langkah kerajaan atas pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang dibentangkan Perdana Menteri yang mana jumlah peruntukan diberikan sebanyak RM250 bilion. Ia bertujuan merancakkan ekonomi, melindungi rakyat dan perniagaan serta memperkukuhkan ekonomi negara. Di samping itu juga yang terkini melalui pengumuman Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bernilai RM45 bilion yang akan menjadi titik tolak pemulihan perniagaan di Malaysia.

MBM merasakan bahawa peruncit juga perlu berusaha dan berubah dari norma sedia ada kepada norma baru yang mana perlu satu langkah perubahan dalam strategi pemasaran . Platform digital dilihat satu langkah terbaik dalam membantu peruncit memasarkan jualan mereka. Mereka juga perlu bijak dalam mengambil peluang dan ruang yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Pandemik Covid 19 ini juga dilihat sebagai pencetus transformasi kepada jualan dan perkhidmatan dalam talian dan ia melibatkan perubahan dalam sektor peruncitan dan sekaligus memberi impak kepada e-dagang. Pengguna akan lebih banyak bergantung kepada perkhidmatan e-dagang dan penggunaan digital. Medium ini akan membantu perniagaan mengimbangi risiko melalui persediaan keperluan pelanggan sambil menjaga penjarakan sosial. Melihat kepada situasi kini, kita dapat lihat pengguna hari ini lebih berminat untuk berada di rumah dan membeli belah dalam talian.

Inisiatif kerajaan dalam ePENJANA dan Beli Barangan Buatan Malaysia membuktikan kerajaan serius untuk memacu semula kegiatan runcit dalam negara. Inisiatif ini memberi peluang kepada rakyat berbelanja dan seterusnya akan merancakkan semula industri runcit yang terjejas teruk, susulan PKPB. Seharusnya peruncit mengubah cara jualan ke arah atas talian dan menggunakan platform digital sebagai perantara antara pembeli dan peruncit. Sektor E-dagang juga merupakan perkara utama ketika ini kerajaan perlu lihat yang mana mungkin lebih banyak kemudahan yang disediakan bagi merancakkan perhubungan dan kelancaran transaksi melalui medium atas talian.

Di bawah inisiatif Shop Malaysia Online, kerajaan memperuntukkan RM70 juta untuk dimanfaatkan oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan mikro sedia ada yang beroperasi dalam talian. Ini merupakan langkah kerajaan dalam  menggalakkan perbelanjaan rakyat secara dalam talian menerusi penggunaan e-baucar. Melalui inisiatif ePenjana, kerajaan telah menawarkan 14 perkara dalam membantu melonjakkan perniagaan dan 15 perkara dalam merangsang ekonomi.

Kerajaan juga perlu membimbing para peruncit di samping memudahkan urusan mereka agar inisiatif ini dapat dimanfaatkan oleh kumpulan ini. Oleh itu, para peruncit juga perlu bijak dan seharusnya mengambil peluang yang disediakan ini sebaik mungkin bagi melonjakkan dan merangsang ekonomi peruncitan.

Bertarikh :  2 November 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »