Home / Kenyataan Akhbar / MBM Gesa Kerajaan Tingkatkan Bantuan Kewangan Serta Perlindungan Sosial

MBM Gesa Kerajaan Tingkatkan Bantuan Kewangan Serta Perlindungan Sosial

Melihat kepada situasi semasa Pandemik COVID-19 yang semakin meningkat kes jangkitannya dan kesannya kepada perniagaan seperti penutupan syarikat-syarikat serta pekerja-pekerja sektor penerbangan dan penghotelan diberhentikan, Majlis Belia Malaysia (MBM) ingin menggesa pihak Kerajaan meningkatkan bantuan kewangan serta bayaran bulanan dipanjangkan tempohnya seperti yang dilakukan di Singapura, United Kingdom (skim “furlough”) dan negara-negara lain. Bantuan ini bukan sahaja perlu bagi rakyat yang telah kehilangan pekerjaan malah termasuk golongan yang bekerja sendiri seperti di sektor ekonomi lejang (gig economy), perniagaan sendiri, penerima bayara komisen, gaji harian serta banyak lagi.

Bersempena Belanjawan 2021 ini, antara cadangan MBM juga termasuk:

1.) Mempertingkatkan usaha perlindungan sosial bagi melindungi pekerja di sektor formal dan tidak formal melalui “Social Protection Floor” yang boleh diusahakan oleh Majlis Perlindungan Sosial (MySPC) dengan kadar segera;

2.) Meneruskan pakej bantuan kepada golongan B40 dan M40 yang terjejas selama 6 bulan lagi;

3.) Lanjutkan pengeluaran Akaun 2 i-Lestari dan tambahkan jumlah pengeluaran jika pemohon masih tiada pekerjaan.

Cadangan ini juga bagi mengelakkan rakyat mengeluarkan simpanan Akaun 1 KWSP sekaligus menyelamatkan simpanan masa depan rakyat.

MBM berpandangan pengeluaran terhad dan terpilih Akaun 1 KWSP adalah jalan terakhir bagi mereka yang tidak menerima sebarang bantuan kewangan serta kehabisan simpanan di dalam Akaun 2 KWSP mereka. Golongan ini juga adalah yang akan berada di tahap miskin apabila bersara kelak. Seperti yang kita maklum, 71% dari pencarum KWSP mempunya kurang dari RM50,000 di dalam simpanan mereka. (Jumlah minima diperlukan untuk bersara adalah RM240,000 pada umur 55 tahun). Statistik ini adalah fakta yang kita tidak boleh nafikan. Jika terdapat gelombang keempat atau kelima COVID-19, MBM khuatir jumlah simpanan ahli KWSP yang berpendapatan rendah akan terus menurun secara mendadak mengakibatkan tiada lagi simpanan hasil usaha bekerja berbelas atau berpuluh tahun.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab utama kerajaan dalam membantu meningkatan perlindungan sosial rakyat yang terjejas dengan tindakan yang cepat, cekap serta komunikasi yang jelas terutamanya yang berhasrat mengeluarkan simpanan Akaun 1 KWSP disebabkan sudah kehabisan simpanan Akaun 2 KWSP.

MBM berharap dengan cadangan alternatif ini Kerajaan mampu menyelamatkan Akaun 1 KWSP rakyat serta mempertahankannya untuk jaminan masa depan mereka yang cabaran berkemungkinan lebih getir dan tidak dapat dijangkakan.

JUFITRI JOHA
PRESIDEN
MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bertarikh : 2 November 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »