Home / Hebahan / PERKEMBANGAN HUB USAHAWAN BELIA MALAYSIA

PERKEMBANGAN HUB USAHAWAN BELIA MALAYSIA

HUB Usahawan Belia Malaysia merupakan inisiatif pelaksanaan konsep perusahaan sosial dalam kalangan usahawan belia dengan implikasi teknologi, “big data” & inovasi dalam penyaluran k-ekonomi kepada golongan sasaran belia ke seluruh Malaysia.

Kesedaran ke arah pemerkasaan pembudayaan keusahawanan yang lebih proaktif dengan informasi & digital membantu memacu negara ke arah sosio-ekonomi yang lebih baik, jati diri belia yang berinovasi dan ; mengatasi isu pengangguran belia telah mendorong Saudari Nurliana Muhammad , Pengasas yang juga merupakan Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) untuk mewujudkan idea ini secara sistematik.

HUB Usahawan Belia Malaysia telah mula menjalankan operasi sepenuhnya awal 2019 dan memberi manfaat >30,000 usahawan belia seluruh Malaysia serta kumpulan sasaran belia seperti belia OKU, Ibu Tunggal Muda, Orang Asli, B40 dan Belia Asnaf.

Kewujudan HUB ini khususnya kepada belia akan membuka lebih banyak ruang dan peluang belia menceburkan diri dalam bidang keusahawanan sekaligus bakal mencapai VISI UTAMAnya mengurangkan pengangguran dalam kalangan belia di Malaysia ke arah merancakkan ekonomi digital yang efektif.

Para belia yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Saudari Nurliana, Pengasas 0139285653.

HUB juga didokong oleh MBM melalui JK Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan kerana menangani ekonomi belia adalah ‘top priority’ MBM daripada dahulu sehingga kini.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »