Home / Artikel / Majlis Belia Malaysia Sebagai Rakan Kongsi Pembangunan Negara

Majlis Belia Malaysia Sebagai Rakan Kongsi Pembangunan Negara

Oleh:

Mohd Fauzi Hj. Fadzil

Felo Penyelidik Pejabat Presiden

Majlis Belia Malaysia

Naratif dalam masyarakat awam di Malaysia pada masa kini terbina dengan meletakkan tugas membangunkan negara kepada kerajaan yang memerintah, pemikiran mudah masyarakat awam yang meletakkan tanggungjawab besar ini kepada kerajaan berlaku atas pemikiran bahawa kepimpinan kerajaan yang menawarkan diri dan mereka telah dipilih. Justeru, kerajaan yang terbentuk perlu melaksanakan tanggungjawab membangunkan negara secara sepenuhnya. Naratif ini tidak dipersetujui oleh komuniti akademik dan Masyarakat Sivil, Majlis Belia Malaysia (MBM) adalah antara Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berpendapat tanggungjawab membangunkan negara adalah tanggungjawab yang dikongsi bersama oleh semua pihak.

Terdapat pelbagai segmen dalam sesebuah negara yang memerlukan perhatian pihak kerajaan, tidak mungkin sebuah kerajaan dengan kakitangan yang terhad mampu untuk memberi sepenuh perhatian terhadap setiap segmen pembangunan negara. Sebuah negara membangun seperti Malaysia memerlukan Masyarakat Sivil yang kuat bagi membantu pihak kerajaan membangunkan negara, keadaan ini dapat dilihat dalam konteks United State of America di mana negara berkenaan dianggarkan mempunyai 1.5 juta NGO berbanding dengan negara yang mundur seperti Vietnam yang merekodkan 10 ribu NGO berdaftar pada tahun 2010. Masyarakat Sivil dalam konteks pembangunan negara dilihat sebagai Rakan Kongsi Pembangunan Negara. MBM adalah salah satu Rakan Kongsi Pembangunan Negara di Malaysia yang menumpukan perhatian khusus terhadap isu-isu Pembangunan Belia.

MBM sebagai Rakan Kongsi Pembangunan Negara yang menumpukan perhatian terhadap isu-isu Pembangunan Belia di Malaysia telah diiktiraf kedudukannya melalui Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668). Akta tersebut telah mengiktiraf MBM sebagai satu-satunya pertubuhan yang mewakili suara belia di Malaysia, malah akta berkenaan mengkehendaki pihak kerajaan untuk melaksanakan program-program Pembangunan Belia dengan kerjasama MBM. Secara jelas Akta 668 mengangkat kedudukan MBM melebihi organisasi belia lain di Malaysia, maka dapatlah ditafsirkan bahawa suara MBM mewakili suara seluruh belia di Malaysia.

Namun kedudukan MBM sebagai Rakan Kongsi Pembangunan Negara di Malaysia kelihatan tidak diiktiraf berdasarkan tindakan-tindakan pemimpin kerajaan terdahulu, sebagai contoh dalam aspek pendanaan. Sebagai Rakan Kongsi Pembangunan Negara yang diiktiraf oleh Akta 668, sepatutnya MBM mempunyai pendanaan secara terus dan khusus daripada pihak kerajaan. Namun perkara sedemikian tidak berlaku walaupun Akta 668 secara jelas mengkehendaki Menteri bertanggungjawab memperjuangkan peruntukan kewangan MBM. Dapat dilihat secara jelas semasa YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memegang jawatan sebagai Menteri di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), beliau telah gagal menyalurkan dana yang diperlukan oleh MBM sepanjang tahun 2018-2019 kecuali ketika dua bulan terakhir sebelum Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang. Malah beliau secara terbuka telah menyalurkan dana khas dengan jumlah yang agak besar kepada Youth Power Club pada tahun 2019 (sebuah organisasi baru yang tidak langsung diiktiraf dalam mana-mana Akta). Perkara ini bukan hanya berlaku pada zaman YB Syed Saddiq malah ia berlaku pada zaman Dr. Mohamad Khir Toyo menjadi Presiden MBM (2002-2006), dana yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan untuk diuruskan oleh MBM tidak diserahkan kepada MBM secara terus (keadaan ini menjadikan MBM seperti peminta sedekah berbanding Rakan Pembangunan Negara).

MBM juga tidak diberi layanan yang wajar dalam kerjasama pelaksanaan program-program pembangunan belia yang membabitkan pihak kerajaan. Perkara ini dapat dibuktikan pada zaman YB Syed Saddiq menerajui KBS, beliau pernah menafikan penglibatan MBM dalam beberapa program Pembangunan Belia melibatkan KBS seperti Kursus Pengurusan Organisasi dan Perarakan Hari Kemerdekaan. Semangat ini bertentangan dengan apa yang terkandung di dalam Akta 668 di mana penglibatan dan kerjasama pihak kerajaan-MBM telah ditekankan. Elemen politik keterlaluan dan sempit gagal dielakkan oleh sesetengah pemimpin sehingga mengorbankan kepentingan belia dan negara. Perkara ini perlu menjadi pedoman kepada mana-mana ahli politik yang bakal menerajui KBS selepas ini.

MBM pada waktu sekarang tidak lagi menghadapi masalah sekatan dana dan kerjasama apabila YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican mengambil alih tampuk kepimpinan KBS, sikap bekerjasama berbanding konfrantasi yang diamalkan beliau membantu MBM untuk mara dalam segmen pembangunan belia di Malaysia. Pengalaman beliau yang lahir daripada rahim pergerakan Pertubuhan Belia membantu beliau untuk menjiwai perjuangan Pembangunan Belia di Malaysia. Ruang yang besar diberikan oleh KBS pada masa kini kepada MBM dalam pelbagai bidang terutama penyelidikan dengan menggunakan platform Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES). MBM pada masa kini dapat memberi tumpuan kepada isu Pembangunan Belia di Malaysia melalui sokongan kuat yang diberikan pihak kerajaan, namun perlu menjadi teladan kepada kepimpinan kerajaan pada masa hadapan bahawa tanggungjawab membangunkan Malaysia yang dipikul bersama oleh semua pihak perlu dihormati melalui persefahaman dan medan perbincangan yang terbuka dan ikhlas. MBM dan kerajaan bukanlah dua organisasi yang saling bersaing, kedua-dua organisasi ini adalah rakan kongsi dalam usaha membangunkan Malaysia. Matlamat MBM hanya ingin bekerja untuk Pembangunan Belia demi nusa dan bangsa.

*Tulisan ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi MBM.

Bertarikh : 27 Oktober 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »