Home / Kenyataan Akhbar / Tekanan kewangan isi rumah – MBM gesa lanjutkan moratorium secara automatik

Tekanan kewangan isi rumah – MBM gesa lanjutkan moratorium secara automatik

Di ketika ini kita dapat melihat bahawa catatan harian kes jangkitan Covid-19 adalah tinggi berbanding kes sembuh. Melalui bacaan catatan ini, kita dapat lihat bahawa Pandemik Covid-19 ini tidak akan selesai dalam jangka masa yang singkat. Oleh itu, Majlis Belia Malaysia (MBM) menggesa kerajaan agar melanjutkan moratorium secara automatik selama enam bulan lagi kepada golongan B40 dan M40 atau golongan berpendapatan rendah. Kita boleh lihat bahawa kebanyakan isi rumah ketika ini berada dalam tekanan kewangan yang mana juga merujuk kepada laporan dari Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengatakan isi rumah di negara ini sedang mengalami peningkatan tekanan kewangan walaupun mengamalkan pendekatan lebih berhati-hati sebagaimana dipaparkan menerusi penyusutan pertumbuhan pinjaman selain sekatan pergerakan dan pertimbangan belian yang rendah.

Inisiatif moratorium secara automatik yang ditawarkan oleh pihak kerajaan sebelum ini adalah merupakan satu langkah terbaiik dalam membantu rakyat kerana wang yang sepatutnya mereka gunakan untuk membayar pembiayaan menjadi bantuan kewangan seketika ketika krisis Pandemik Covid 19 ini. Dengan melanjutkan semula moratorium ini hingga suku pertama 2021 dilihat dapat memberi bantuan kewangan sementara dan MBM percaya bahawa rakyat akan menghargainya apabila ada lebihan wang untuk mereka gunakan.

Di samping itu juga ia turut dapat membantu golongan pekerja dan pemilik syarikat kecil dan perusahaan sederhana untuk mengharungi pandemik Covid 19 ini. kerajaan juga perlu cakna bahawa ramai yang telah hilang punca pendapatan, mengalami potongan gaji di samping golongan belia yang masih menganggur akibat ketidakstabilan ekonomi serta politik di negara ini.

MBM juga percaya melalui pelanjutan penawaran inisiatif ini, agensi perbankan masih boleh mencatat keuntungan yang tinggi walaupun rakyat menghadap masa yang mencabar. Perkara itu dapat dilihat menerusi keuntungan bank yang dicatatkan pada rekod suku kedua berakhir 30 Jun tahun ini yang mana bank-bank utama Malaysia umum keuntungan bagi tempoh suku tahun kedua (April hingga Jun) tahun 2020. Langkah ini adalah sangat perlu ketika ini apabila dunia masih belum pulih sepenuhnya daripada pandemik global dan dijangka bertambah buruk sebelum pulih. MBM seru kepada agensi perbankan untuk menawarkan semula dan melanjutkan moratorium pinjaman untuk enam bulan secara automatik.

SYED OSMAN MOHAMED

Pengerusi

Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan

merangkap

Exco Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 16 Oktober 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »