Home / Berita / Kunjung hormat MBM kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka yang baharu

Kunjung hormat MBM kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka yang baharu

AYER KEROH 15 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah melakukan kunjungan hormat kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka yang baharu, Tun Seri Setia Dr. Hj Mohd Ali Hj Mohd Rustam yang juga merupakan mantan Presiden MBM ke-13.

Kunjungan yang diketuai Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha ini membincangkan beberapa isu mengenai soal gerak kerja ekonomi, kemiskinan, keamanan, isu global dan World Assembly of Youth (WAY). TYT Tun juga sempat berkongsi pengalaman semasa mengemudi MBM di era 80an.

Turut sama dalam pertemuan ini Timbalan Presiden MBM Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Setiausaha Agung MBM Sdr. Hasnul Haniff Harun, Bendahari Kehormat MBM Sdr. Mohd Nizam Omar, Exco MBM Sdr. Ong Kooi Jin dan Sdr. Mohamad Iqmal Mahadi.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »