Home / Memorandum / Memorandum Modul Program Penjenamaan Semula PLKN-BTN

Memorandum Modul Program Penjenamaan Semula PLKN-BTN

Memorandum

kepada

YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)

MODUL PROGRAM PENJENAMAAN SEMULA PLKN-BTN

Satu persidangan mengenai modul Program Penjenamaan Semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) – Biro Tata Negara (BTN) yang berlangsung pada 24 Julai 2020 di Wisma MBM, Kuala Lumpur telah diadakan bertujuan mendapatkan maklum balas serta input mengenai penambahbaikan modul sedia ada.

Persidangan yang dihadiri oleh Majlis Belia Malaysia (MBM), Yayasan Briged Sukarelawan Khidmat Negara (YBSNK), Majlis Belia Selangor (MBS), bekas Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan beberapa bekas Pelatih (PLKN) telah membentuk satu memorandum untuk diangkat ke peringkat kerajaan, antaranya;

  • Menyambut baik hasrat pelaksanaan Program Penjenamaan Semula Program PLKN-BTN yang menggabungkan elemen-elemen yang terdapat dalam program PLKN dan BTN;
  • Mencadangkan agar Program Penjenamaan Semula Program PLKN-BTN diletakkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan MBM sebagai pemegang taruh belia terbesar;
  • Pelaksanaan tiada unsur campur tangan politik dari mana-mana pihak;
  • Penstrukturan semula dana yang baik dan sistematik mengikut kemampuan ekonomi negara dan dapatan impak yang tinggi;
  • Menyediakan slot khas bersama MBM bagi pengenalan dan penyediaan platform dalam persatuan atau pergerakan belia dan NGO agar mereka terlibat setelah tamat latihan;
  • Memastikan setiap pelatih mempunyai persediaan mental yang betul dan menepati objektif latihan dari awal sebelum program bermula agar tercapai matlamat program;
  • Perpaduan belia di peringkat sekolah di tahap yang rendah dan memerlukan satu tempat bagi membolehkan mereka berkumpul untuk mewujudkan semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia;
  • Modus Program Penjenamaan Semula Program PLKN-BTN haruslah banyak merujuk kepada PLKN 1.0 yang lebih memberi impak (aktiviti fizikal, silang budaya, wirajaya, konsep pertandingan, simulasi SPR, ‘job security’);
  • Modul yang membawa karekteristik dan mengenali diri (introvert) agar mempunyai asas pandangan yang kukuh dan rasional dan tidak mudah percaya tanpa usul periksa;
  • Modul yang memupuk perpaduan dan kerohanian perlu dititikberatkan dan kesukaran modul membuktikan mampu menjalinkan hubungan yang lebih erat antara ahli kumpulan;
  • Modul yang menitik beratkan nilai ketimuran dalam pelaksanaan Program Penjenamaan Semula Program PLKN-BTN dan tidak kelihatan terlalu mengikut keagamaan dan mendokong Rukun Negara ke-5 iaitu kesopanan dan kesusilaan;
  • Aktiviti berbentuk fizikal dan lasak yang membentuk pasukan dan memberi kesan kesatuan kepada mentaliti dan psikologi peserta dalam jangka masa panjang;
  • 13) Penekanan kepada kejelikitan perpaduan dengan modul aktiviti dan format penempatan yang membentuk kemandirian peserta;
  • Tempoh latihan dilanjutkan ke enam (6) bulan agar aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik dan tertib;
  • Mengiktiraf lepasan pelatih untuk menyumbang semula kepada negara dalam bentuk sukarelawan, askar simpanan wataniah, (pertahanan negara) dan lain-lain;
  • Fungsi Alumni PLKN setanding sukarelawan daripada pihak Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM);
  • Keistimewaan seperti anugerah gelaran dan pengiktirafan khas sebagai nilai tambah setanding dengan kualiti pelatih yang dihasilkan melalui program ini;
  • Jurulatih perlu berakhlak, berpengalaman dan ditapis dengan penglibatan MBM dalam komuniti pemilihan;
  • MBM sebagai urusetia utama dalam perjalanan Program Penjenamaan Semula Program PLKN-BTN kerana bakal pelatih ini akan menyertai badan gabungan di bawah MBM dan mewujudkan kesinambungan selepas tamat latihan;
  • Peranan YBSKN diperbadankan dan dijadikan sebagai pangkalan data alumni PLKN bagi mewujudkan kesinambungan yang baik:
  • Segala perancangan dan pelaksanaan mestilah mengambil kira hasrat dan aspirasi MBM, YBSKN, bekas jurulatih, ibu bapa dan libat urus semua pihak;
  • Jurulatih juga tidak lagi bersifat kontrak dan kebajikan mereka sentiasa menjadi keutamaan dan pengambilan mereka selaku pengendali dalam Program Penjenamaan Semula Program PLKN-BTN mengambil kira pengalaman dan sijil. Namun perlu ada ujian berkala dari masa ke masa untuk memastikan peranan dan tanggungjawab jurulatih dilaksana mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan bagi mengelakkan masalah lain.

Akhirnya, adalah diharapkan agar memorandum ini mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya dari pihak kerajaan seterusnya diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan bagi memastikan ianya memberi impak kepada pembangunan negara khususnya generasi muda.

6 OKTOBER 2020, KUALA LUMPUR

Jufitri Joha

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Mohamad Nazrin Che Abd Aziz

Presiden

Yayasan Briged Sukarelawan Khidmat Negara

s.k :     YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin

            Perdana Menteri Malaysia

            YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican

            Menteri Belia dan Sukan Malaysia

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »