Home / Kenyataan Akhbar / MBM siapsiaga Pasukan Komuniti untuk mendepani isu kesihatan mental

MBM siapsiaga Pasukan Komuniti untuk mendepani isu kesihatan mental

Isu kesihatan mental adalah isu yang sering dipandang sepi dan taboo dalam masyarakat. Namun demikian, pasca pandemik merupakan tempoh terlalu mencabar yang memerlukan belia untuk mempunyai ketahanan mental yang dinamis dan reselient.

Isu ini menjadi isu utama yang difokuskan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) semenjak tahun lepas untuk ditangani melalui siri-siri wacana, seminar, bengkel serta penubuhan pasukan khas professional helper bagi membantu belia yang menghadapi masalah ini.

MBM telahpun menggariskan modul dan mempersiapkan pasukan dengan kerjasama rakan strategik NGO SOCIAL COMMUNITY PROGRAMS URBAN SOCIETY MALAYSIA (SCOPURS) untuk menangani kesihatan mental di kalangan belia berdasarkan petunjuk Indeks Belia Malaysia (IBM) yang agak membimbangkan.

MBM telahpun mengambil langkah proaktif dalam fasa ke-2 mempersiapkan kertas kerja bagi menggerakkan agenda penting ini. Ini adalah lanjutan daripada Bengkel Dana Geran Antarabangsa yang dikendalikan baru-baru ini.

Diharapkan agar kesemua pihak tampil dengan agresif dalam menjayakan agenda advokasi kesihatan mental ini. Jika aktivis alam sekitar popular dengan slogan ‘There is no planet B’, aktivis advokasi kesihatan mental juga harus membawa cogan kata ‘There is no mental B’. Tiada kesihatan tanpa kesihatan mental.

Ayuh kita hapuskan stigma dan didik belia yang cakna dengan isu yang membelenggu masyarakat kini.

ATIQAH SYAIRAH SHAHARUDDIN

Penolong Setiausaha Agung

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 12 Oktober 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »