Home / Kenyataan Akhbar / MBM mohon lanjutan Moratorium bagi bantu Belia B40 dan M40 serta golongan Peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang masih terkesan

MBM mohon lanjutan Moratorium bagi bantu Belia B40 dan M40 serta golongan Peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang masih terkesan

Melihat kepada situasi semasa Pandemik Covid-19 yang semakin meningkat kes jangkitannya, seharusnya kerajaan melalui Kementerian Kewangan mengambil langkah dan pendekatan yang proaktif dalam membantu ekonomi rakyat. Inisiatif Moratorium Pinjaman Kewangan Secara Automatik adalah langkah terbaik dan seharusnya dilanjutkan semula. Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan (MFREN) memohon kepada kerajaan agar moratorium ini dilanjutkan sehingga bulan Mac 2021 dengan mengambil kira jumlah gelombang jangkitan Covid-19 yang meningkat secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Lanjutan inisiatif ini sedikit sebanyak memberi impak kepada ekonomi dan pendapatan rakyat terutama kepada golongan B40 dan M40 serta perniagaan yang menghadapi kemelesetan ekonomi. Kita juga dapat lihat bahawa masih banyak belia-belia di lapangan yang masih belum mendapat pekerjaan di samping peniaga-peniaga baru masih dalam perancangan kewangan. Melihat kepada laporan suku kedua bulan April hingga Jun 2020 menyaksikan agensi perbankan yang menawarkan moratorium masih mampu mencatat keuntungan menunjukkan ia bukti jelas bahawa agensi perbankan tiada masalah untuk melanjutkan tawaran moratorium ini.

MBM percaya lanjutan moratorium akan lebih membantu golongan sasaran yang amat-amat memerlukan dan perlu diingat bahawa Pandemik Covid-19 masih belum berakhir dan kini menghadapi satu gelombang baharu melalui peningkatan bacaan yang ketara. MBM menyokong saranan mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang menyebut jika lanjutan moratorium secara automatik tidak diberikan kepada semua pelanggan, ia boleh dilaksanakan kepada peminjam bagi kategori penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), pinjaman di bawah nilai tertentu dan pinjaman kenderaan atau peminjam yang pendapatannya terputus atau hilang kerja sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Kerajaan juga disaran agar memudahkan usahawan-usahawan kecil dalam menjalankan perniagaan seperti perolehan lesen perniagaan sementara, inisiatif modal pemulaan, ruang perniagaan yang strategik dan sebagainya dalam membantu mereka terutama golongan belia yang berminat dalam perniagaan dan fokus kepada menambah sumber pendapatan.

Kerajaan juga boleh mengambil contoh langkah yang diambil oleh Singapura di mana 20 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi menyediakan program meringankan beban isi rumah dan perniagaan yang terjejas akibat Covid-19. Di samping turut memperkenalkan sebuah program yang menyediakan proses insolvensi yang lebih cepat dengan kos rendah kepada syarikat-syarikat kecil untuk menstruktur semula hutang mereka atau menutup perniagaan akibat Covid-19.

SYED OSMAN MOHAMED

PENGERUSI

JAWATANKUASA PERINDUSTRIAN, EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN

MERANGKAP

EXCO MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bertarikh : 8 Oktober 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »