MAJLIS BELIA MALAYSIA

MPBN Peringkat Negeri Sabah, Kedah dan Perak

3 September – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai persidangan serentak Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri di Sabah, Kedah dan Perak. MPBN merupakan platform tertinggi untuk pemimpin belia mengusulkan polisi dan idea untuk pembangunan belia dan Negara.

Pertemuan santai kepimpinan MBM dan MBWP bincang agenda belia bandar

KUALA LUMPUR 3 September – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan bersama pimpinan Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) dalam usaha mengeratkan kerjasama padu antara kedua duanya demi kebaikan bersama. Perbincangan merangkumi persiapan Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan, Retreat MBWP bersama Kementerian Wilayah Persekutuan, Pelan Jangka Panjang MBWP dan Belia Wilayah, Program Belia Anti Rasuah […]

Wacana Sejarah Pergerakan MBM dan Pembinaan Kepimpinan Belia

KUALA LUMPUR 2 September – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan sesi wacana bersama Sdr. Mohd Suhaimi Mohd Din, mantan Setiausaha Jawatankuasa Latihan dan Kepimpinan MBM di Wisma MBM. Turut sama dalam wacana ini Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM, Felo Penyelidik Presiden MBM dan wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Siaran ulangan:https://www.facebook.com/malaysianyouthcouncil/videos/335174117842309/

Majlis menandatangani MoU Projek Pure Heart di antara MBM, MVM dan YBK

KUALA LUMPUR 2 September – Majlis Belia Malaysia (MBM), Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Yayasan Bina Kesejahteraan – YBCare telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Projek Pure Heart MVM 2020 yang berlangsung di Wisma MBM. MoU tersebut ditandatangani oleh Sdr. Jufitri Joha Presiden MBM, Datin Dr. Hartini Osman, Pengerusi […]

Translate »