Home / Artikel / Inisiatif Malaysia Sifar Rasuah : Tanggungjawab Belia?

Inisiatif Malaysia Sifar Rasuah : Tanggungjawab Belia?

Oleh:

Sdr. Sivanesan Tamil Selvam

Felo Penyelidik Majlis Belia Malaysia

Menurut sebuah badan antarabangsa yang membuat kajian mengenai gejala rasuah di peringkat Global mendapati sejumlah US $1 Trillion nilai rasuah direkodkan di peringkat antarabangsa. Jika kita membuat kiraan jumlah yang dicatat tersebut dapat menghapuskan jurang kemiskinan seluruh dunia, Dalam kenyataan Bank Dunia pula menganggarkan plot rasuah dalam sektor swasta di negara – negara membangun sahaja mencatat US $500 Billion. Rasuah bukan sekadar pertukaran wang sahaja. Ia dapat membuntu pembangunan negara. menurut peta dunia Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International menunjukkan tahap rasuah secara global sangat mengecewakan.

Pada tahun 2013 tinjauan oleh Transparency International mendapati majoriti isi rumah berpandangan bahawa parti-parti politik di Malaysia amat korup dan tidak berintergriti. Sebahagian daripadanya beranggapan bahawa bahawa langkah kerajaan untuk menentang rasuah tidak berkesan.

Menurut tinjauan para eksekutif dalam Global Competitiveness Report 2013-2014 oleh World Forum Ekonomi Dunia  merumuskan bahawa terdapat kelakuan luar etika syarikat merupakan kepincangan bagi berniaga di Malaysia. Anatara ujah yang dipertengahkan adalah kebanyakan kontrak kerajaan diberikan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai pertalian rapat, malah dasar-dasar menganugerahkan projek infrastruktur besar-besaran kepada syarikat Bumiputera terpilih tanpa tender terbuka masih wujud. Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2016 menarafkan Malaysia di tangga ke-55 daripada 176 negara.

RASUAH DIKALANGAN GOLONGAN BELIA

Golongan belia diantara 15 hingga 25 tahun dikenalpasti  pasti paling ramai terlibat dalam kes rasuah di negara ini ini membuktikan bahawa  tahap kefahaman mereka berkaitan menerima dan memberi suapan masih rendah.

Dalam sebuah kjian statistik yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  menunjukkan 54 peratus iaitu kira-kira 5,000 kes yang dikendalikan dalam tempoh 2003 hingga 2012 membabitkan golongan berkenaan, bagi tempoh 2013 sehingga suku kedua 2018, sebanyak 2,238 orang atau 55.2 peratus pesalah laku rasuah adalah daripada golongan belia.

Ini memperkukuhkan hipotesis bahawa pembabitan golongan belia dikenal pasti berpunca daripada tahap pemahaman mereka masih rendah selain kurang terdedah mengenai kesalahan rasuah hingga mendorong melakukannya.

Menurut statistik SPRM menunjukkan dari 2012 sehingga Januari 2018, sebanyak 700 kertas siasatan dibuka, 453 ditangkap bagi membantu siasatan rasuah dan 183 dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan. Perkara ini amat membimbangkan kerana golongan ini merupakan pemimpin negara pada masa akan datang.

APAKAH PENDIDIRAN KERAJAAN DALAM PENGHAPUSAN GEJALA RASUAH

SEBAGAI langkah dan  pendirian kerajaan dalam usaha pembanterasan gejala rasuah kerajaan melancarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 sejajar usaha merealisasikan manifesto ke arah negara bebas rasuah dan berintegriti pada 29 Januari 2019.

Dalam perancangan tersebut pelbagai kaedah atau strategi dilancarkan antaranya pemantapan kerjasama strategik bersama  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  melalui Kemeterian pendidikan Malaysia bagi memperkukuh elemen integriti dan antirasuah dalam sistem pendidikan negara. Ini bertujuan membentuk jati diri pelajar bermula di prasekolah sehingga peringkat lebih tinggi.

SPRM pula melancarkan sistem piawaian dikenali Malaysian Standard MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Systems (ABMS) dengan kerjasama Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia) bagi draf pandian pengurusan antirasuah dan panduan pencegahan rasuah bagi melaraskan proses pembenterasan rasuah secara sistematik.

Organisasi komersial juga mempunyai liabiliti dan boleh dihukum sekiranya pekerja atau kakitangannya terbabit jenayah rasuah Peruntukan ini dikenali sebagai ‘liabiliti korporat’. Melalui Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

Tegasnya, sejarah dunia telah menunjukkan bahawa jenayah rasuah telah menyebabkan kejatuhan beberapa kerajaan yang hebat dan Malaysia juga hampir menghadapi situasi sama. Golongan belia harus memainkan peranan penting dalam agenda menghapuskan virus rasuah yang mampu mencacatkan pembangunan negara di arena global.

*Penulis juga merupakan Ketua Penerangan, Majlis Belia Selangor Daerah Klang

Bertarikh : 30 September 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »