Home / Berita / Bengkel Penggubalan Dasar Belia Selangor 2020

Bengkel Penggubalan Dasar Belia Selangor 2020

SUNWAY 25 – 27 September – Exco Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi dan 9 orang wakil Majlis Belia Negeri Selangor telah menghadiri Program Bengkel Penggubalan Dasar Belia Selangor 2020 anjuran Pejabat YB.Tuan Mohd Khairuddin Othman, Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Selangor.

Ini merupakan program sumbang saran daripada pihak berkepentingan untuk memberi idea dalam menggubal dan meminda Dasar Belia Selangor yang kali terakhir dilakukan pada tahun 2015.

Seiring dengan Negeri Selangor yang akan menuju ke arah Smart Selangor 2025 dan mendepani Cabaran Revolusi Industri 4.0, bengkel ini dilihat penting sebagai penjajaran semula Dasar Belia Selangor mengikut perkembangan semasa.

Program Bengkel Penggubalan Dasar Belia 2020 memberi tumpuan kepada:

1. Pendidikan
2. Keusahawanan & Ekonomi Digital
3. Kepimpinan & Literasi Politik
4. Digital & Media Masa
5. Pekerjaan & Pembngunan Kemahiran
6. Kualiti Hidup, Kebudayaan & Kreativiti
7. Keseimbangan Alam Sekitar
8. Sukan & Penjagaan Kesihatan
9. Patriotisme & Nasionalisme
10. Hubungan Antarabangsa & Pemikiran Global

Bengkel ini melibatkan agensi kerajaan, sektor swasta, Badan Bukan Kerajaan serta Pertubuhan dan Organisasi Belia seperti:
– Pejabat YB Exco Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan
– Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Negeri Selangor
– Bahagian Belia, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia
– Jabatan Belia & Sukan Negeri Selangor
– Majlis Sukan Negeri Selangor
– Universiti Putra Malaysia
– Majlis Belia Negeri Selangor (MBS)
– Selangor Youth Community (SAY)
– Majlis Belia Malaysia (MBM)
– Bandan-Badan Gabungan Majlis Belia Negeri Selangor
– Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Lain-Lain.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »