Home / Berita / Kunjung Hormat MPP UITM kepada Presiden MBM

Kunjung Hormat MPP UITM kepada Presiden MBM

KUALA LUMPUR 22 September – Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Selangor telah mengadakan pertemuan dan dialog bersama Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha. Antara perkara yang dikongsi oleh Presiden MBM ialah MBM mengamalkan dasar keterbukaan (inclusiveness) dan merupakan kilang melahirkan pemimpin negara.

Di antara pemimpin yang telah dilahirkan dari MBM seperti Tun Razak, Tun Sardon Jubir, Datuk Saifuddin Abdullah dan Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan ramai lagi.

Presiden MBM turut menyatakan Perdana Menteri telah bersetuju untuk melantik 7 orang belia sebagai penasihat PM mengenai dasar-dasar belia selama 3 tahun.

Kepada para MPP, Presiden MBM turut menyatakan para pemimpin pelajar perlu bersuara demi kebaikan dan masa depan belia.

Beliau turut berkongsi perkembangan terkini iaitu MBM telah menubuhkan Sekretariat Mahasiswa MBM dan Pertubuhan Guru Muda. Hadir sama dalam pertemuan ini Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM dan Felo Penyelidik MBM.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »