Home / Berita / Mesyuarat Penaja Majlis Belia OKU Malaysia

Mesyuarat Penaja Majlis Belia OKU Malaysia

Kuala Lumpur | 19 September – Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diwakili oleh Sdr. Faiz Shuhaimi selaku Exco MBM menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Majlis Belia OKU MALAYSIA yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras.

Mesyuarat ini diadakan secara fizikal dan atas talian dengan mengumpulkan 20 pemimpin Belia OKU daripada pelbagai kategori ketidakupayaan. Pelbagai agenda telah dibincangkan seperti perlembagaan tubuh Majlis Belia OKU, penyelarasan organisasi serta persediaan untuk dokumentasi usul yang akan diberikan kepada beberapa kementerian dalam masa terdekat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kumpulan Penaja Majlis Belia OKU Malaysia atas perlaksanaan mesyuarat penaja, adalah menjadi agenda besar MBM untuk mengangkat suara Belia Minoriti diarusperdanakan dalam kepimpinan belia negara, sekaligus menjadikan elemen inklusif dan kebersamaan MBM dalam isu Orang Kurang Upaya (OKU).

Gerak kerja Jawatankuasa Penaja Majlis Belia OKU diselaraskan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan bimbingan dan kerjasama Pejabat Pendaftar Pertubuhan. MBM komited untuk merealisasikan penubuhan Majlis Belia OKU Malaysia secara rasminya pada tahun ini.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »