Home / Berita / Sekolah Politik 2.0 – Politik Baharu Anak Muda: Masa Depan di Malaysia

Sekolah Politik 2.0 – Politik Baharu Anak Muda: Masa Depan di Malaysia

KUALA LUMPUR 11 September – Satu rundingan meja bulat yang membawa tajuk ‘Politik Baharu Anak Muda: Masa Depan di Malaysia’ telah diadakan bagi melihat serta menilai potensi belia di Malaysia dalam institusi politik negara hari ini.

Rundingan meja bulat anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM) menampilkan dua orang ahli panel, antaranya Sdr. Razz Azmai dari Gerakan Parti Anak Muda dan Sdr. Mahfud Budiono, Mantan Pemuda Partai Solidaritas Indonesia DPLN Malaysia. Sesi ini dikendalikan oleh Sdr. Ahmad Farhan Rosli, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Program yang berlangsung di Liberal Latte’ Damansara Heights ini telah mengupas beberapa perkara penting antaranya kerelevanan dalam mewujudkan parti baru khusus untuk anak muda di Malaysia.

Menariknya, sesi rundingan ini disertai lebih 40 orang peserta yang terdiri daripada pemuda parti politik yang pelbagai, pertubuhan belia, institusi kajian, pelajar dan lain-lain. Peserta berjaya menggunakan platform Sekolah Politik 2.0 ini sebaiknya dengan sesi perkongsian yang bermanfaat.

Timbalan Presiden MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hassan mempelawa semua parti politik di Malaysia untuk bersama MBM dalam memperjuangkan agenda pembangunan belia di negara ini.

“MBM berhasrat untuk menjadi sebuah badan penyatu kepada semua parti politik, agar semua dapat berbincang bersama dibawah platform belia. Dalam masa yang sama, MBM juga sememangnya diwakili oleh individu dari pelbagai latar belakang politik, bangsa dan agama. Jadi, perkara ini akan menjadi lebih mudah.” Ujar Fadzli. Hadir sama Naib Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj. Abdul Hamid yang juga Pengerusi Biro Pendidikan MBM dan Exco MBM, Sdri. Kavita Maheendran.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »