Home / Kenyataan Akhbar / Solidariti Bersama Saudari Veveonah

Solidariti Bersama Saudari Veveonah

Majlis Belia Malaysia (MBM) kecewa  dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, YB Datuk Zahidi Zainul Abidin ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Negara mengenai video yang tular berkenaan Saudari Veveonah Mosibin yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet bagi menyiapkan tugasan universitinya.

Tuduhan yang dikeluarkan bahawa Saudari Veveonah telah berbohong semata-mata untuk mendapat capaian yang tinggi di YouTube adalah satu tuduhan yang amat berat dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang Timbalan Menteri, apatah lagi dinyatakan di dalam Dewan Negara yang mulia.

Lebih menghairankan lagi apabila YB Datuk Zahidi Abidin juga telah memaklumkan bahawa Kementerian telah membuat siasatan terhadap video Saudari Veveonah tersebut. Apakah perlu dihabiskan tenaga dan masa pegawai Kementerian serta wang kerajaan yang sepatutnya dihabiskan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi Saudari Veveonah dan masyarakat di kampungnya, bukannya menyiasat kesahihan video Saudari Veveonah.

Tiada keperluan untuk Kementerian untuk menyiasat kesahihan video Saudari Veveonah, sedangkan sudah terang lagi bersuluh bahawa capaian internet masih rendah khusus di Sabah dan Sarawak. Ini dinyatakan sendiri didalam laporan media bertarikh 8 Mei 2020 dimana Pengarah Pendidikan Sabah, Dr Mistirine Radin telah menyatakan hampir 52% pelajar di Sabah tidak mendapat akses internet.

Permohonan maaf semata-mata dari YB Datuk Zahidi Zainul Abidin sahaja tidak mencukupi, MBM mendesak agar ia seharusnya disertakan juga dengan komitmen yang jelas dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk menyediakan akses internet kepada seluruh pelusuk negara sesegera mungkin, agar hak untuk pendidikan bagi pelajar pedalaman seperti Saudari Veveonah Mosibin tidak lagi dinafikan. Akses internet bukan lagi satu kemewahan, bahkan ia adalah sebahagian hak di dalam mendapatkan akses pendidikan yang lebih sempurna.

Untuk Saudari Veveonah, kami bersolidariti bersama anda!

‘Tak Pasti, Jangan Kongsi’

MOHD IZZAT AFIFI HJ ABDUL HAMID

Naib Presiden

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 4 September 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »