Home / Kenyataan Akhbar / Saranan cuti wajib pelepasan 7 hari mampu galakkan penyertaan belia ke dalam Persatuan Belia

Saranan cuti wajib pelepasan 7 hari mampu galakkan penyertaan belia ke dalam Persatuan Belia

Majlis Belia Malaysia (MBM) merujuk kepada kenyataan media yang dibuat oleh YB Datuk Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia pada 28 Ogos 2020 di Malam Deklamasi Puisi anjuran MAYC Kebangsaan.

MBM ingin menyatakan sokongan kepada idea YB Datuk untuk menyarankan kepada pihak Kerajaan memberikan cuti wajib pelepasan maksimum 7 hari kepada para belia ingin menyertai kursus-kursus atau program-program penting belia yang dianjurkan khususnya oleh pemegang taruh pembangunan belia iaitu Kementerian Belia dan Sukan (KBS), MBM dan persatuan-persatuan belia. Ia juga harus dipanjangkan juga kepada majikan di sektor swasta.

Cadangan ini dilihat mampu menggalakkan penyertaan belia ke dalam program-program pembangunan belia dan Negara sekaligus memupuk semangat patriotisme dalam kalangan belia untuk sama-sama membina kesejahteran rakyat dan Negara.

MBM juga menyambut baik cadangan beliau untuk menyediakan rancangan khas berkaitan belia dan mahasiswa mahupun rancangan-rancangan yang dikendalikan sendiri oleh belia dan mahasiswa di stesen-stesen milik Kerajaan. Ia dilihat mampu menampilkan tokoh-tokoh belia dan mahasiswa yang baik di samping peluang berkongsi program-program belia yang baik kepada masyarakat melalui media arus perdana.

WAN MOHD HUSNI ABDULLAH

Ketua Penerangan

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 1 September 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »