Home / Kenyataan Akhbar / INTEGRITI BELIA SEBAGAI PEDOMAN KEMERDEKAAN

INTEGRITI BELIA SEBAGAI PEDOMAN KEMERDEKAAN

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik kenyataan oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Baginda menekankan keadaan yang mendukacitakan apabila hilangnya integriti, berkembangnya budaya rasuah, berlakunya pecah amanah dan tersebarnya maksiat ke serata negeri.

Titah baginda “tanpa kehadiran jiwa yang menyerah diri sepenuhnya kepada yang Maha Pencipta, maka apa yang dilaksanakan semasa diberikan kuasa dan amanah, akan tersasar jauh dari jalan-jalan yang diberkati dan diredhai Allah SWT”.

Dalam kita baru sahaja usai menyambut sambutan Hari Belia Negara peringkat kebangsaan, ini merupakan peringatan yang sangat mustahak dalam kerangka membina jati diri belia. Kepentingan untuk menyubur nilai integriti adalah aset utama dalam memaknai erti kemerdekaan.

Umum mengetahui keadaan ekonomi semasa yang menghimpit kebanyakan belia akan menyebabkan ramai yang cenderung untuk melaksanakan aktiviti yang tidak bermoral. Statistik menunjukkan 55.2 peratus pesalah laku rasuah adalah dalam kalangan mereka yang masih dalam umur belia.

Justeru, MBM juga menyambut baik inisiatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menggunakan platform e-sukan dalam menekankan mesej supaya kumpulan e-komuniti yang rata-rata mereka dalam kalangan belia dapat menjawab kuiz pendek berkenaan Anti-Rasuah.

Bahkan, bersempena musim Pilihan Raya Negeri Sabah juga, MBM menyokong penuh saranan oleh Pengerusi Tetap Majlis Belia Sabah, Mazlan Joehari Manan. Beliau menyarankan agar setiap calon yang berhasrat untuk bertanding supaya mengisytiharkan harta.

Nah, ini merupakan langkah proaktif dalam membendung kebejatan sosial yang terus menerus merudum pembinaan negara. Sepertimana saranan Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, kembalilah ke landasan agama dan keluhuran perlembagaan negara.

Ayuh Belia, kita buktikan semangat intergriti kita!

#Belia Benci Rasuah

JUFITRI JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 18 Ogos 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »