Home / Edisi / MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) MAJLIS BELIA DAERAH KUALA PILAH BERTEMAKAN BAKAT KRAFTANGAN

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) MAJLIS BELIA DAERAH KUALA PILAH BERTEMAKAN BAKAT KRAFTANGAN

SEREMBAN 8 Ogos – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah memenuhi undangan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Belia Daerah Kuala Pilah bertemakan bakat kraftangan.

AGM dimulakan dengan lawatan ke reruai kraftangan yang dihasilkan anak jati Kuala Pilah seperti keris, gasing, seruling dan busana Melayu. Ia merupakan pameran penyerlahan bakat anak muda dalam seni kraftangan sekaligus melahirkan usahawan kraftangan.

Perasmian disempurnakan oleh YB Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah.

AGM MBDKP sebulat suara menerima penggabungan ABIM Kuala Pilah dan GPMS Kuala Pilah.

Turut hadir sama Encik Razis Md Said, Pengarah Kraftangan Negeri Sembilan dan Sdr. Mohd Fairos Rosli, Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »