Home / Kenyataan Akhbar / MBM SAMBUT BAIK PENGUMUMAN PM-LANJUTAN MORATORIUM DAN BANTUAN PERBANKAN BERSASAR

MBM SAMBUT BAIK PENGUMUMAN PM-LANJUTAN MORATORIUM DAN BANTUAN PERBANKAN BERSASAR

Majlis Belia Malaysia (MBM) berbesar hati atas pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai lanjutan moratorium bayaran pinjaman dan tawaran bantuan bank bersasar. MBM percaya pengumuman ini akan menggembirakan ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan gejala Pandemik Covid-19 terutama golongan belia dalam menanggung beban kewangan.

Melalui inisiatif ini juga, ia akan membantu golongan yang terlibat dalam merangka dan merancang kewangan mereka dalam menghadapi isu ini terutama kepada belia yang diberhentikan kerja dan mereka yang terlibat dalam sektor perniagaan.

MBM memahami bahawa moratorium ini hanya melibatkan sektor pinjaman di bawah agensi perbankan, tetapi MBM juga berharap agar syarikat pinjaman kewangan kredit juga turut sama menawarkan inisiatif dan kemudahan yang sama seperti mana yang ditawarkan agensi perbankan. Ini kerana peratus peminjam di bawah agensi pinjaman kredit juga adalah besar dan meliputi kesemua golongan masyarakat.

MBM percaya langkah dan pengumuman yang dibuat akan membantu lebih 3 juta rakyat dan PKS di samping usaha membantu melonjakkan semula ekonomi negara dan menjamin kesejahteraan masyarakat di kala wabak Pandemik Covid-19 ini.

MBM amat berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara atas hasil perbincangan ini dan MBM juga sentiasa mendoakan agar gejala Pandemik Covid-19 segera berakhir.

MBM menyokong segala langkah dan perancangan kerajaan di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri dalam mengawal dan mencegah penularannya.

SYED OSMAN MOHAMED
PENGERUSI JAWATANKUASA PERINDUSTRIAN,
EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN
MERANGKAP;
EXCO MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bertarikh: 1 Ogos 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »