Home / Berita / MESYUARAT HARI BELIA NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN 2020

MESYUARAT HARI BELIA NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN 2020

JOHOR| 27 Julai 2020- Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2020 telah diadakan di Bilik Gerakan, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Iskandar Puteri, Johor.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Onn Hafiz, Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor.

Majlis Belia Malaysia telah diwakili oleh Sdr. Muhammad Fadzli Hasan Timbalan Presiden MBM bersama Sdr. Hasnul Haniff Harun Setiausaha Agung MBM.

Turut Hadir Datuk Hatipah Ibrahim Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tuan Haji Salleheen Mohamad Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, pegawai Kementerian Belia dan Sukan Malaysia serta pegawai-pegawai daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »