Home / Kenyataan Akhbar / PROGRAM JARINGAN MUHIBBAH MBM-KNPI RAI HUBUNGAN DUA NEGARA SERUMPUN

PROGRAM JARINGAN MUHIBBAH MBM-KNPI RAI HUBUNGAN DUA NEGARA SERUMPUN

Malaysia dan Indonesia telah melalui fasa hubungan diplomatik yang cukup panjang dan unik. Jika diteliti kembali dari sudut sejarah, jelas sekali bahawa hubungan yang terjalin di antara dua negara serumpun ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dan polemik.

Sempena ulang tahun ke-72 penubuhan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan juga penubuhan Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) yang ke-47 pada tarikh yang sama iaitu 23 Julai 2020, sebuah Program Jaringan Muhibah telah diadakan di Wangsa Bowl, Kuala Lumpur.

Program ini melibatkan perlawanan boling persahabatan disertai wakil-wakil gabungan MBM yang diketuai Naib Presiden MBM, Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz dan wakil KNPI diketuai Ketua Badan Perwakilan KNPI Malaysia, Tengku Adnan Tengku Azlan.

Usaha ini merupakan simbolik kepada keakraban kedua negara yang berkongsi tarikh ulang tahun yang sama.

MBM dan KNPI sememangnya mempunyai hubungan yang cukup erat melalui pelbagai program kerjasama seperti Dialog Malaysia-Indonesia (MALINDO), Sidang Meja Bulat berkenaan isu sejagat, Misi kemanusiaan antarabangsa, program kesukarelaan, kebudayaan, sukan dan banyak lagi. 

Program ini diadakan susulan daripada pertemuan perwakilan KNPI di Malaysia bersama barisan kepimpinan MBM pada 8 Julai 2020 di Kuala Lumpur.

Hasil dari pertemuan tersebut beberapa kesepakatan telah dibuat sepertimana berikut:

1) Mengukuhkan persahabatan belia kedua negara melalui aktiviti sukan;

2) Menganjurkan program bilateral “Food Festival/MALINDO Street Food” dan lain-lain jenis perniagaan bagi membantu pergerakan aktiviti belia MBM dan KNPI. Penganjuran ini dikelolakan di bawah Biro Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM bersama Biro Keusahawanan KNPI;

3) Penganjuran program Dialog Malaysia-Indonesia (MALINDO) dihoskan oleh KNPI pada tahun 2021 selepas bebas wabak Covid-19;

4) Penganjuran program Sister City antara badan gabungan MBM bersama badan gabungan KNPI.

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia memberi impak cukup besar di mana Malaysia dan Indonesia tidak terkecuali dari menghadapi kebejatan dalam sektor ekonomi, sosial, pelancongan, sumber tenaga dan sebagainya.

Dalam konteks gerakan belia dalam menangani isu ini, MBM dan KNPI akan menggunakan peranan dan pengaruhnya melalui Committee for ASEAN Youth Cooperation (CAYC) untuk bersama pertubuhan-pertubuhan belia di rantau Asean menggerakkan usaha menangani masalah ini.

HASNUL HANIFF HARUN

Setiausaha Agung

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 24 Julai 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »