Home / Kenyataan Akhbar / MBM SOKONG WAJIBKAN BELIA SERTAI PLKN DAN BTN YANG BAKAL DIGABUNG DAN DIJENAMAKAN SEMULA

MBM SOKONG WAJIBKAN BELIA SERTAI PLKN DAN BTN YANG BAKAL DIGABUNG DAN DIJENAMAKAN SEMULA

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyokong kenyataan yang dibuat oleh Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, yang berkata Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) perlu diwajibkan untuk semua belia bagi menyemai semangat patriotisme dan nasionalisme secara menyeluruh.

PLKN dan BTN merupakan medium yang penting dalam usaha meningkatkan perpaduan kaum, jati diri, semangat cintakan negara dan nilai-nilai kepemimpinan. Pelatih mendapat peluang tinggal bersama-sama dalam satu kem dengan pelatih dari pelbagai kaum yang mewujudkan persefahaman antara mereka. Sekiranya perpaduan tidak diuruskan dengan baik, ia akan menjadi masalah yang besar, apalagi dalam suasana hari ini di mana kita mempunyai kebebasan teknologi yang tidak terbatas.

MBM merasakan perlunya satu usaha penjenamaan semula bagi kedua-dua program tersebut yang sebelum ini banyak dikaitkan dengan isu kontroversi seperti isu disiplin pelatih, isu kroni serta menjadi medium propaganda berunsurkan politik. Penjenamaan semula diyakini mampu setidak-tidaknya menghakis perspektif negatif orang awam terhadap PLKN dan BTN sebelum ini, tanpa mengabaikan objektif utama program, iaitu memupuk semangat perpaduan dan patiotisme dalam kalangan anak muda. Penjenamaan juga harus mengambil kira kaedah dan metodologi yang lebih segar dan bersesuaian dengan citra anak muda.

Dengan mewajibkan belia menyertai BTN dan PLKN, MBM berharap generasi akan datang akan mula mengenal asas pembentukan negara, menghafal dan menghayati rukun negara serta menghargai nilai perpaduan antara pelbagai kaum di Malaysia yang menjadi aset penting negara dalam terus mengecapi keamanan. Dalam pada itu, ia juga akan membentuk karakter generasi muda yang berdaya tahan dan mempunyai jati diri yang tinggi.

Justeru itu, MBM akan menggunakan segala platform yang ada bagi mengutarakan cadangan serta kerangka modul yang sesuai kepada Kerajaan berdasarkan pengalaman MBM sendiri dalam melahirkan pemimpin-pemimpin muda berkaliber. Untuk permulaan, MBM mencadangkan agar modul mengenali gerakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) belia dimasukkan dalam program tersebut dan MBM berminat untuk terlibat secara aktif. MBM mohon agar Kerajaan turut melibatkan pelbagai pemegang taruh bagi memastikan ianya berjaya dan mendapat dokongan daripada peringkat bawahan.

JUFITRI JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh: 23 Julai 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »