Home / Akhbar / PM yakin MBM dapat bekerja rapat dengan kerajaan bantu belia

PM yakin MBM dapat bekerja rapat dengan kerajaan bantu belia

KUALA LUMPUR: Dalam usaha menggerakkan semula ekonomi pasca-COVID-19, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Majlis Belia Malaysia (MBM) dapat bekerja rapat dengan kerajaan untuk membantu generasi muda yang terkesan dari sudut ekonomi.

Perdana Menteri berkata ini kerana golongan belia termasuk dalam senarai pihak yang diberikan tumpuan khusus di bawah pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan sebelum ini.

“Tumpuan kerajaan ketika ini ialah untuk menggerakkan semula ekonomi pasca-COVID-19. MBM selaku organisasi yang menaungi golongan belia boleh memainkan peranan dalam aspek ini,” katanya dalam catatan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi beliau hari ini.

Perdana Menteri turut memuat naik beberapa keping gambar berkaitan pertemuan beliau dengan 13 pemimpin tertinggi MBM yang diketuai oleh Presidennya, Jufitri Joha.

Menurut Muhyiddin, pada pertemuan itu mereka membincangkan peranan yang boleh dimainkan golongan belia dalam pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata MBM juga membangkitkan mengenai keperluan menambah bilangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Sabah dan Sarawak dalam usaha memajukan golongan belia.

“Saya mengambil maklum bahawa ketika ini hanya terdapat sebuah IKBN di kedua-dua negeri itu. Perkara ini akan diberi perhatian untuk tindakan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Berita penuh:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/713808/pm-yakin-mbm-dapat-bekerja-rapat-dengan-kerajaan-bantu-belia

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »