Home / Berita / PERSATUAN BELIA PERLU “DIGITALIZE” – PM

PERSATUAN BELIA PERLU “DIGITALIZE” – PM

KUALA LUMPUR 22 Julai – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai Sdr. Jufitri Joha telah mengadakan pertemuan kepada Perdana Menteri, YAB Tan Sri Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin di bangunan Parlimen.

Pertemuan membincangkan mengenai peranan golongan belia dalam membantu kerajaan membangunkan negara.

Perdana Menteri memberitahu fokus kerajaan hari ini adalah untuk menggerakkan semula ekonomi pasca Covid-19.

“Saya berharap MBM dapat bekerja sama dengan kerajaan dalam membina semula ekonomi negara yang terjejas akibat Covid-19”, ujar beliau.

Beliau mengambil contoh bagaimana golongan belia boleh dilatih dan digalakkan menceburi industri berasaskan pertanian bagi penghasilan produk makanan kerana sehingga kini kita masih bergantung dan terbeban dengan kos import makanan yang tinggi.

Dalam pertemuan tersebut, MBM turut menyerahkan Resolusi Menggerak Belia Malaysia mengenai isu-isu belia Sabah kepada YAB Perdana Menteri yang disampaikan Naib Presiden MBM, Sdr. Azuwan Marjan.

PM juga bersetuju dengan beberapa perkara yang diutarakan oleh MBM kali ini.

Hadir sama Pengerusi Tetap MBM, YB. Mohd Syahbuddin Hashim, Timbalan Pengerusi Tetap, Sdr. Mohd Rosidi Hassan, Timbalan Presiden MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Pimpinan Kanan dan Exco-Exco MBM.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »