Home / Akhbar / MBM bantu belia terjejas Covid-19

MBM bantu belia terjejas Covid-19

SHAH ALAM – Majlis Belia Malaysia (MBM) memperkenalkan Program Kemahiran Insaniah untuk membantu belia yang kehilangan pekerjaan dan terjejas ketika pasca pandemik koronavirus (Covid-19).

Naib Presidennya, Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz berkata, program yang dijalankan dengan kerjasama HSBC Bank Malaysia Berhad itu diadakan untuk meningkatkan kebolehpasaran belia dalam sektor pekerjaan.

“Kita sasarkan penyertaan seramai 300 belia B40 dalam program ini yang dijangka diadakan pada September hingga November depan.

“Mereka akan ikuti latihan selama enam hari,” katanya selaku panelis pada Wacana Siri ke-180 bertajuk ‘PGK: Rakyat Malaysia makin miskin’ di Kumpulan Karangkraf di sini malam tadi.

Wacana itu turut dibarisi panelis Pensyarah Kanan Putra Business School, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latif serta

Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Khazanah, Hawati Abdul Hamid serta dan Azlan Shah Nabees Khan selaku moderator.

Mengulas lanjut, menurutnya, secara keseluruhannya program ini terbahagi kepada empat fasa iaitu dalam fasa pertama, belia akan diajar cara untuk memasarkan diri mereka dengan kelebihan yang dimiliki, pengucapan awam, cara berinteraksi dan kerja dalam kumpulan.

Dalam fasa kedua, katanya, belia akan memilih minat mereka yang dibahagikan kepada tiga pilihan iaitu pemasaran digital, kemahiran keusahawanan atau apa juga kemahiran yang mereka miliki.

“Fasa ketiga adalah berkaitan pra pekerjaan iaitu bagaimana mahu sediakan resume untuk sesi temuduga.

“Fasa keempat pula membabitkan padanan kerja iaitu bagaimana untuk pasarkan mereka dalam industri pekerjaan,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/92561/KHAS/Wacana/MBM-bantu-belia-terjejas-Covid-19?fbclid=IwAR0tG1w-y2q7tu183z8wWdlASJiavQvhurFrNiwM2eJqHzJqBS67MIXSbYw
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »