Home / Kenyataan Akhbar / BERI PERHATIAN DAN PELUANG LEBIH DAN SAKSAMA KEPADA BELIA SABAH

BERI PERHATIAN DAN PELUANG LEBIH DAN SAKSAMA KEPADA BELIA SABAH

Berikutan Sesi Dialog “Menggerak Belia Malaysia” pada 14 Julai 2020, Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia Sabah (MBS) telah mencapai kata sepakat bagi memberikan perhatian khusus kepada belia Sabah dengan mencadangkan 3 perkara utama untuk diselesaikan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri:

1.) Kerajaan Persekutuan hendaklah menyantuni Sabah sebagai sebuah wilayah yang besar dengan keadaan geografi yang mencabar dan capaian jalan raya yang terhad. Justeru ia memerlukan perhatian istimewa serta peruntukan dana yang mencukupi bagi pelbagai inisiatif memperbaiki kualiti kehidupan rakyat. Usaha ini perlulah merentas kementerian di peringkat Persekutuan juga di peringkat Negeri.

2.) Pihak Kerajaan juga perlu komited serta menzahirkan keazaman politik atau “political will” untuk menyelesaikan isu-isu yang berulang di Sabah antaranya:

i.) Kesenjangan peluang pendidikan antara pelajar bandar dan luar bandar juga Sabah dan Semenanjung Malaysia;

ii.) Peluang pekerjaan dengan gaji bermaruah yang terhad;

iii.) Capaian rangkaian telekomunikasi yang minima dan ketinggalan (outdated);

iv) Keselamatan sempadan.

3.) Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah sewajarnya meraikan MBM dan juga MBS sebagai pemegang taruh yang kritikal di dalam hal pembangunan belia Negara dan Negeri. Sesi konsultasi dan perundingan bersama perlu dilakukan secara berterusan bagi mendapatkan input dan saranan daripada kumpulan sasaran yang tepat. Perbezaan fahaman politik seharusnya diketepikan demi generasi pelapis Negara.

JUFITRI JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia

AHMAD FARID SAINURI

Presiden

Majlis Belia Sabah

“Belia Bertindak Untuk Kebenaran dan Keadilan”

“Menggerak Belia Malaysia”

“Belia Sabah Berwibawa”

Bertarikh: 15 Julai 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »