Home / Kenyataan Akhbar / MPBN DAN PARLIMEN BELIA: SEBAHAGIAN PLATFORM DALAM MENGANGKAT SUARA BELIA

MPBN DAN PARLIMEN BELIA: SEBAHAGIAN PLATFORM DALAM MENGANGKAT SUARA BELIA

“Parlimen Digital” telah mengundang kontroversi dan perdebatan umum baru-baru ini. Ia adalah satu inisiatif yang menghimpunkan seramai 222 orang belia selama dua hari bagi mendebatkan, membincangkan dan meluluskan rang undang-undang atau dasar melalui satu platform khas. Ia bertujuan untuk memberi ruang dan saluran kepada anak muda menyuarakan pendapat dan menyatakan perspektif mereka mengenai dasar-dasar yang perlu dilaksanakan bagi menangani krisis COVID-19, pasca-COVID-19 serta membincangkan topik-topik kepentingan negara terutama yang berkait rapat dengan keadaan semasa.

Inisiatif yang dikendalikan secara dalam talian ini, menerima sambutan hangat di peringkat generasi baharu. Harus kita akui bahawa inisiatif sebegini telah pun lama wujud secara fizikal dan institusi di peringkat Akta 668 iaitu Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) dan program Parlimen Belia oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia.

Dalam isu Parlimen Digital, Majlis Belia Malaysia (MBM) berpandangan pihak berkuasa harus menanganinya secara berhemah kerana sudah memang menjadi fitrah anak muda untuk berekspresi dan melontarkan idea-idea bernas mereka walaupun terkadang mereka dilihat agak kritis dan lantang. MBM yakin jika Kerajaan terbuka dan sudi mendengar idea mereka dan berdialog maka grup mereka ini boleh menjadi ‘catalyst’ sekaligus membantu dan mendokong Kerajaan menyumbang secara efektif kepada pembangunan belia dan Negara. MBM menawarkan diri sebagai pemudahcara dalam isu ini bagi menjambatani antara pihak Kerajaan dan Parlimen Digital.

Peluang anak muda untuk menyumbang idea dan berpartisipasi selari dengan wujudnya program Parlimen Belia yang telah pun wujud di peringkat KBS serta perwakilan yang diangkat secara demokratik adalah mereka yang menang bertanding secara E-Voting mengikut kawasan masing-masing.

Selain itu, platform Parlimen Belia ditubuhkan kerajaan untuk memberi lebih banyak ruang untuk generasi muda suarakan pandangan bernas dan konstruktif untuk membangunkan negara bangsa. Ianya bukanlah bersifat politik atau membentuk kerajaan, tetapi lebih kepada perbincangan mengenai hal-hal semasa yang mampu mengubah landskap belia di Malaysia.

Sayugia, keterbukaan anak muda dalam menyampaikan cadangan solusi harus dirancakkan dengan mengenalpasti medium utama di mana suara belia digarap di peringkat teratas.

Di Malaysia, Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) disifatkan sebagai platform paling utama bagi belia untuk memastikan suara mereka diangkat. MPBN termaktub di dalam Akta 668 – Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 yang fungsinya adalah untuk bertindak sebagai badan perunding dalam hal yang berhubungan dengan pembangunan belia.

MPBN dianggotai oleh semua pihak berkepentingan dalam lapangan belia termasuk wakil Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, wakil dari badan induk pertubuhan belia.

Secara dasarnya, KBS harus harus terus memperkasa dan menginstitusikan  MPBN dan Parlimen Belia serta menggalakkan penyuburan pelbagai lagi platform suara belia kerana ia merupakan elemen penting dalam memperkasakan usaha Kerajaan membentuk golongan belia yang mampu berdaya saing dalam menempuh cabaran sosial dan ekonomi yang semakin mencabar.

Dengan adanya platform sebegini, MBM akan terus memastikan suara anak muda didengari sekali gus memperkasakan anak muda Malaysia.

MUHAMMAD SHERHAN NIZAM ABDUL AZIZ

Naib Presiden

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 9 Julai 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »