Home / Akhbar / MBM TAWAR DIRI SEBAGAI PEMUDAHCARA TANGANI ISU PARLIMEN DIGITAL

MBM TAWAR DIRI SEBAGAI PEMUDAHCARA TANGANI ISU PARLIMEN DIGITAL

KUALA LUMPUR, 9 Julai — Majlis Belia Malaysia (MBM) menawarkan diri sebagai pemudahcara dalam menangani isu membabitkan Parlimen Digital, sebuah platform bagi mengumpulkan aspirasi belia yang telah mengundang kontroversi dan perdebatan umum, baru-baru ini.

Naib Presiden MBMs Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz berpandangan pihak berkuasa harus menangani secara berhemah isu berkenaan kerana, menjadi fitrah anak muda untuk berekspresi dan melontarkan idea-idea bernas, walaupun mereka terkadang dilihat agak kritis dan lantang.

“MBM yakin jika kerajaan terbuka dan sudi mendengar idea mereka dan berdialog, maka grup mereka ini boleh menjadi ‘catalyst’ (pemangkin) sekali gus membantu dan mendukung kerajaan menyumbang secara efektif kepada pembangunan belia dan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Penularan pandemik COVID-19 yang masih belum reda, menyaksikan Parlimen Digital, diadakan secara dalam talian selama dua hari bermula pada 4 Julai lepas. Persidangan normal baharu yang pertama kali diadakan itu menghimpunkan seramai 222 belia untuk berdebat, berbincang serta meluluskan rang undang-undang dan polisi yang perlu dilaksanakan.

Parlimen Digital dianjurkan oleh tiga organisasi politik belia iaitu Challenger Malaysia, Undi18 dan Liga Demokratik Malaysia itu diadakan dalam bahasa kebangsaan dan disiarkan secara langsung di platform media sosial.

Bagaimanapun, sesi berkenaan mengundang kontroversi apabila penganjur dan beberapa peserta Parlimen Digital dipanggil polis untuk memberi keterangan.

Muhammad Sherhan berkata peluang anak muda untuk menyumbang idea, selari dengan wujudnya program Parlimen Belia di peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan perwakilannya dilantik secara demokratik memandangkan mereka yang menang, bertanding secara E-Voting mengikut kawasan masing-masing.

Selain itu, katanya platform Parlimen Belia ditubuhkan kerajaan bertujuan memberi lebih banyak ruang kepada generasi muda menyuarakan pandangan bernas dan konstruktif untuk membangunkan negara bangsa. 

“Ia bukanlah bersifat politik atau membentuk kerajaan, tetapi lebih kepada perbincangan mengenai hal-hal semasa yang mampu mengubah landskap belia di Malaysia,” katanya.

Kenyataan penuh:

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1859004

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »